Monday 25 November 2013

Ahmad Ammar - Tauladan Anak Muda

Entri kali ini saya ingin kongsikan salah satu kisah Ahmad Ammar. Terbaru yang saya terima.
Ia mencetus inspirasi. Ammar lahir dari keluarga yang hebat, Hj Ahmad Azzam dan Pn Hajjah Azlina yang mewakafkan diri mereka untuk perjuangan Islam. Saya mengenali mereka dari jauh. Merendah diri, tidak popular. Segala budi baik, tidak didendang. Namun misi dan visi hidup jelas sekali. Meninggalkan bekas.
Ammar meninggalkan kita dengan semangat perjuangan untuk Islam yang amat kita sanjungi ini.
Terima kasih kepada ibu dan ayah Ammar yang telah mendidik Allahyarham untuk menjadi tauladan kepada anak muda dan keseluruhan ummat Islam khasnya. Ia adalah anugerah Allah kepada mereka dan kita semua.

Teks  : Saya kongsikan tulisan dari sahabat Allahyarham Ahmad Ammar, saudara Muhammad Ahmad Zahid
(teks ini adalah 100% tulisan saudara Muhammad. Saya tidak mengubah apa-apa. Oleh kerana panjang, saya lihat saudara Muhammad banyak menggunakan ringkasan. Namun masih boleh dibaca dengan selesa)
 Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.
Bismillah...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.
Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.
Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.
Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.
Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.
Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!
Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".
Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.
HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.
Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."
Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.
Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.
Al-Faatihah.
MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE

Friday 22 November 2013

Pesalah Juvana - Mencuri Untuk Bantu Ibu

Teks: Adillah Ismail

Setiap kali cuti semester universiti, saya jarang pulang ke kampung halaman. Kadangkala pulang, kadangkala saya tinggal di universiti sahaja. Ia bergantung kepada kewangan pada ketika itu kerana belajar di perantauan, perbelanjaan tiket kapal terbang sangat perlu dipertimbangkan. Oleh hal yang demikian, saya mengisi masa cuti dengan melakukan aktiviti di beberapa tempat yang menjadi topik pembelajaran di universiti.
Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan pengalaman saya berhadapan dengan pesalah juvana. Berdekatan universiti saya, terdapat sebuah sekolah khusus menempatkan pesalah-pesalah juvana lelaki. Saya mengambil kesempatan untuk menjadi sukarelawan ketika cuti semester. Sementelah, kumpulan ini juga merupakan salah satu skop pembelajaran di universiti. Berada dilapangan pastinya membantu saya lebih menguasai pembelajaran. Itu harapan saya.
Satu kisah yang tidak boleh saya lupa ialah apabila saya mendengar kisah 2 adik beradik yang berasal dari satu daerah, sempadan antara Brunei dan Sarawak. Agak saya, mungkin pada hari ini, mereka sudah menginjak remaja kerana 11 tahun lalu, umur mereka sekitar 7-8 tahun sahaja. Pesalah juvana termuda di institusi pada ketika itu.
Mereka sangat menarik perhatian di institusi ini kerana mereka adik beradik. Tubuh mereka berdua kecil sahaja dan kelihatan amat kurus. Kemana pergi pasti berdua. Nilai kasih adik dan abang. Sekecil ini mereka dipisahkan dari ibu untuk menjalani hukuman. Saya selalu memerhatikan mereka. Mereka jarang mahu berbual kerana sangat pemalu dengan orang luar.
Mereka berdua dimasukkan ke institusi khusus untuk pesalah juvana ini kerana kesalahan mencuri. Mencuri di kedai kampung mereka. Kerana kesalahan itu, pekedai membuat laporan polis dan kedua beradik ini dijatuhkan hukuman dan dimasukkan ke institusi yang menempatkan pesalah juvana pelbagai latar belakang kesalahan. Hati terasa mahu memberontak dengan hukuman ini kerana bagi saya ia tidak adil. Tidak adil sama sekali.
Anak ini mencuri untuk membantu  ibu mereka. Seingat saya mereka ambil ubat nyamuk, beras, gula dan lain-lain keperluan makanan harian. Kehidupan mereka sangat miskin. Mereka tidak mampu untuk mendapatkan wang. Justeru kasihan dengan ibu yang terpaksa menjaga adik-adik, mereka membantu dengan mencuri. Alangkah sedihnya hidup mereka yang harus ditempuhi seawall 7-8 tahun. Tidak mampu bersekolah dan perlu mencuri untuk hidup. Akhirnya terlontar jauh di daerah yang lain. Jauh dari ibu.
Saya berharap kedua beradik ini bertemu dengan petunjuk hidup yang lebih baik oleh Allah swt. Saya mungkin tidak akan bertemu lagi dengan mereka tetapi kisah mereka mengingatkan saya tentang nikmat bersyukur yang kadangkala sering kita lupakan.
Simpan semua persoalan yang bermain di fikiran disebalik cerita ini di dalam hati kalian. Kita tidak perlu bertanya. Cukuplah cerita ini menjadi asbab untuk kita (saya) terus sentiasa bersyukur dalam hela nafas yang masih ada.
InshaAllah, saya akan cuba berkongsi beberapa lagi kisah bersama pesalah juvana ini lagi nanti. Saya ingin nukilkan ia disini agar ia tidak luput dari ingatan saya. Ia satu kenangan dan pengalaman yang amat berharga.

Wednesday 20 November 2013

Fikir Dulu Sebelum Buang - Berbudi Untuk Bumi

Teks : Adillah Ismail


Di mana lagi tempat tinggal terbaik selain muka bumi ini?
Tentu kita tiada pilihan,kan. Hidup sementara ini hanya di planet bernama Bumi yang telah Allah iktiraf sebagai tempat kediaman kita berbanding planet-planet yang lain. Tapi bumi kita sedang sakit,kerana pencemaran yang terlalu hebat sedang berlaku. Di mana-mana. Setiap sudut muka bumi ini dipenuhi sampah sarap yang telah tidak kita gunakan.
Apa kata kita bermula dari kediaman kecil kita untuk Bumi tercinta? Saya terpanggil untuk menulis entri ini kerana seronoknya membaca entri cikgu saya Khairunnisa Hamzah berkenaan pengurusan barang kering pagi ini. Menarikkan? Kemudiannya saya membayangkan berapa banyak botol plastik, kaca dan lain-lain akan kita buang selepas itu.
Ibu-ibu yang disayangi, mari bersama kita ‘FIKIR DULU SEBELUM BUANG’. Asingkan barangan tersebut ke dalam kotak berasingan dan kita hantar ke pusat kitar semula. Saya baru bermula setahun yang lalu. Apabila ada botol kosong, saya asingkan ikut kategori. Tempat pembuangan di rumah yang cantik dan tersusun? Saya masih belum ada idea. Dan sedang mencari-cari idea supaya rumah saya ada bekas kitar semula yang comel agar tidak semak di mata. Sekarang saya hanya masukkan dalam plastik  atau kotak . Apabila sudah penuh, suami membantu saya hantar ke tempat kitar semula.
Ia tetap satu sumbangan tetapi ada manfaatnya, InshaAllah. Bumi perlukan kerjasama kita untuk ia hidup sihat. Jika kita tidak dapat menghalang orang menebang pokok, meratakan bukit atau menahan kapal dari membuang minyak ke dalam laut, cukuplah kita membantu asingkan barang kitar semula dan hantar ke pusatnya. Jom kita didik anak bersama-sama!
Allah pasti tahu niat kita. Ia tanda terima kasih kepada Allah kerana memberikan bumi ini sebagai kurniaan tempat tinggal yang tiada nilainya. Terima kasih Allah…Alhamdulillah.

Sunday 17 November 2013

Berhenti Kerja



Teks : Adillah Ismail
Hari ini, 19 November 2013, tarikh sepatutnya saya kembali melapor diri setelah bercuti 3 bulan kerana melahirkan Sumayyah. Namun perancangan Allah untuk saya adalah sebaliknya. Sesuatu yang saya tidak terfikir seawal ini saya meninggalkan alam pekerjaan.

Saya juga seperti ibu-ibu lain yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja di organisasi, akan ditanya soalan bertubi-tubi oleh kenalan mahupun keluarga dan saudara mara. Seolah-olah dunia akan berakhir dengan keputusan kita. Namun jika kita mendapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman, pasti semangat lebih kuat dan pandangan hidup jauh berbeza. Amat jauh. Saya amat menghargai pandangan dan nasihat dari Pn Khairunnisa Hamzah, guru online saya.
Istikharah saya kepada Allah, memohon ketetapan hati dengan keputusan yang dipilih.  Jika sudah istikharah, tidak perlu bersusah hati. Rezeki itu milik Allah. Bekerja di pejabat atau bekerja untuk keluarga tersayang sudah ditentukan rezekinya oleh Allah. Memilih bekerja untuk keluarga juga, rezeki bukan? Jangan memandang wang ringgit sebagai tanda aras untuk rezeki. Saya yakin, sedikit yang saya lepaskan, banyak yang akan masuk ke dalam kehidupan ini. Hati yang tenang juga rezeki tidak ternilai.
Saya mahu bebas dari mencari penghargaan manusia. Ia tolakan semangat dari dalam diri. Bekerja untuk seseorang, atau organisasi, tidak dapat tidak tentunya terselit untuk mendapatkan penghargaan manusia, pengiktirafan. Apa yang di cari adalah redha Allah. InshaAllah dengan redha Allah, saya akan rasa bebas dan tiada tekanan dari sesiapa.
Saya tahu cabaran tetap ada walau dimana kita berada selagi hayat dikandung badan. Namun sekurang-kurangnya, pilihan saya ini dapat memelihara diri saya dari fitnah, fitnah pergaulan serta dosa mengumpat yang sering berlaku ditempat kerja.
Impian saya untuk berkhidmat kepada suami, anak-anak, juga ibu ayah saya. Melihat anak-anak membesar di depan mata dan mendidik mereka sendiri. Mereka amanah Allah untuk saya kerana itu saya dikurniakan zuriat dari Rahim sendiri. Tidak wajar saya menyerahkan amanah dan tanggungjawab yang Allah beri ini kepada orang lain. Saya mohon redhaMu ya Allah.


Friday 15 November 2013

Rumah Kecil di Pinggir Kubur

Teks : Adillah Ismail

Saya mengenali Jamis ketika rakan dari Urusetia Saudara Kita mengajak bersama menziarahi keluarga ini. Jamis, ibu beranak tiga bersama suami tinggal di Jalan Chawan. Saya tidak pernah tahu akan tempat ini, justeru hati bersungguh mahu ke sana.

Tiba di satu lorong di celah-celah bangunan kilang usang, kami masuk ke kawasan perkuburan lama Kristian. Hati berdebar juga walaupun disiang hari. Sungguh tidak saya sangka, sebelah kubur itulah rumah Jamis. Atau lebih tepat lagi, diatas tanah kubur. Mereka tinggal disini? 

Rumah papan yang sangat daif ini, jika tingkap rumahnya dibuka, terus menghala ke tanah perkuburan usang itu yang penuh dengan tanda salib. MasyaAllah, bayangkan itu kehidupan mereka empat beranak. Perasaan saya? Sayu, pelik, hairan, meremang bulu roma dan entah apa lagi saya rasa. Hakikatnya, seorang saudara kita mendiami sebuah rumah dan menumpang di tanah perkuburan Kristian. Aduhai teman-teman, bersalahnya saya rasa sedangkan saya tidur lena di sebuah rumah yang sempurna alamatnya.

Ketika tiba, Jamis sekeluarga tiada. Saya datang di kemudian hari bersama suami membawa barang makanan yang dikumpulkan bersama rakan untuk disedekahkan. Alhamdulillah, Jamis sekeluarga ada dirumah. Kami berbual. Jamis ini salah seorang saudara kita (muallaf) yang sudah lama kembali kepada Islam sejak berkahwin dengan suaminya yang berasal dari sebuah negeri. Mereka dikurniakan 3 orang anak dan anak yang kecil tinggal bersama ibunya yang masih beragama asal di kampung. Mereka terpaksa menumpang tanah kubur tersebut kerana tiada pilihan - mengikut kata Jamis. Mereka juga dibenarkan menumpang  oleh pihak tanah perkuburan Kristian ini tanpa sebarang bayaran. Suami beliau tidak bekerja, hanya Jamis yang keluar mencari rezeki. Bekerja di kedai kopi Cina. Jamis yang bekerja kerana suasana rumah sangat sunyi di siang hari (tentunya malam hari bertambah lagi) dan beliau amat takut bersendirian di rumah malah takut untuk berjalan kaki menghantar anak ke sekolah. Oleh kerana itu mereka bertukar tanggungjawab.

Saya amat kasihan melihat anak-anak Jamis yang membesar di persekitaran tanah kubur ini. Amat sedih. Tiada bekalan elektrik, tiada bekalan air. Tetapi mereka rajin membersihkan rumah kecil ini. Gembira menerima apa jua rezeki yang mampu kami hulurkan.

Saya sering kerumah Jamis menghantar keperluan seharian. Namun ia tidak lama. Saat terakhir saya bertemu Jamis, ketika mencarinya di kedai kopi Cina tempat beliau bekerja. Berita terakhir yang saya dengar, Jamis kini sudah kembali ke kampung halamannya kerana tidak dapat lagi menumpang di tanah kubur itu kerana sering diganggu samseng.
Saya hanya mampu berdoa agar Jamis dan anak-anak kekal di dalam Islam walau di mana mereka berada. Semoga apa yang anak ini lalui dimasa kecilnya menjadi penguat semangat di masa hadapan.

Kita doakan mereka.

Salam mesra

Copyright

Copyright