Monday 26 May 2014

MUDAHNYA BERBUAT BAIK

Teks : Adillah Ismail

Kehidupan yang sementara ini amat indah untuk kita nikmati apabila kita selarikan dengan kebaikan yang boleh kita lakukan tanpa orang lain mengetahuinya.

Pernah saya terbaca kata-kata motivasi, jika kita merasai bahagia, gembira dan tenang dengan perkara yang kita lakukan secara rahsia dan tersembunyi, inshaAllah, di situ ikhlas tercapai. Wallahualam.

Saya ingin berkongsi idea-idea yang saya kutip di perjalanan hidup ini samada melalui pembacaan, pemerhatian juga pengalaman hidup orang lain.

Saya menyeru diri saya yang serba kekurangan serta pembaca untuk kita cuba usaha lakukan bersama. Istiqamah. Biar sedikit tetapi istiqamah. Mudahan ia menjadi salah satu  asbab  kita di terima masuk ke syurga Allah, InshaAllah. Juga jalan untuk kita menjemput rezeki ke rumah kita, Inshaallah.

Menghadiahkan selipar kepada surau dan masjid untuk kemudahan jemaah yang mengambil wuduk

Membantu membasuh telekung surau atau masjid berdekatan kediaman kita

Sedekah duit di setiap surau atau masjid yang kita singgah. Minta anak-anak yang masukkan ke tabung masjid/surau

Tidak biarkan bekas makanan dan minuman ketika minum di kedai bersepah-sepah. Susun elok-elok sebelum bangun. Bantu mudahkan urusan pekerja kedai mengemas meja makan kita. Beliau gembira, refleksinya kepada kita juga.

Lumrahkan diri dan anak-anak dengan ucapan terima kasih kepada setiap insan yang membantu atau memberikan sesuatu. Contohnya kepada pekerja yangtolong membukakan pintu untuk kita.

Cuci tandas masjid mengikut kemampuan diri kita

Beri makan anjing atau kucing liar. Belikan tulang ayam. 'Belanja' haiwan tersebut sekali sekala. Percayalah, kita akan dikenang oleh si liar ini.

Jadi collector sedekah. Ajak rakan-rakan berkongsi sedekah. Promosi siapa yang perlukan bantuan. Kita bantu kumpul dan sampaikan sumbangan berkenaan.

Berbuat baik kepada Bumi. Asingkan sampah yang boleh dikitar semula.

Sediakan bungkusan-bungkusan makanan dan minuman (yang tahan lama - contohnya air kotak, biskut) di dalam kereta. Beri kepada tukang sapu setiap kali nampak mereka sedang bekerja. Mudahan air yang kita hulurkan boleh menjadi penghilang dahaga mereka. 

Pagi-pagi taburkan beras di belakang rumah untuk di makan oleh burung-burung. Jika ada buah, letakkan di kawasan yang bersuaian.

Sebenarnya banyak lagi idea-idea berbuat baik yang sangat menarik dan mudah dilaksanakan. Nanti saya cari lagi dan kongsikan di blog ini. InshaAllah.




Terima kasih kerana membaca entri ini

Salam Hormat






Wednesday 21 May 2014

JAM TAWAF - SEJARAH ISLAM - SATU KELAINAN



Teks : Adillah Ismail

Jam Tawaf?
Dah biasa dengarkan.
Iye, tapi saya tak jual. 
Saya cuma mahu cadangkan kita hadiahkan jam tawaf kepada insan yang tersayang atau untuk kediaman idaman.

Entri ini saya tulis bukan untuk mempromosikan mana-mana syarikat atau produk jam tawaf. Saya tidak  kenal mereka yang menjual. Saya sekadar ingin berkongsi kebaikan jam tawaf yang telah saya dan suami pakai beberapa tahun.

AL JAZARI

Al Jazari, merupakan pereka jam yang pertama di dunia. Beliau adalah seorang ahli matematik, jurutera mekanikal, pelukis dan ilmuan tersohor yang hidup daripada tahun 136 Masihi sehingga 1206 Masihi. Beliau dilahirkan di Kota Tor yang terletak di Turki. Jam yang awal yang telah direka oleh Al Jazari pada sekitar tahun 1200 Masihi yang lalu dengan putarannya adalah secara TAWAF.

Pergerakan TAWAF adalah seiring dengan pergerakan fitrah bagi planet, Matahari, Bulan, Bumi dan kesemua planet di seluruh galaksi.

Kemerosotan dan kejatuhan empayar kerajaan Islam telah menyebabkan sejarah di tukarkan secara halus sejak 200 tahun yang lalu. Di atas nama permodenan, maka jam anti TAWAF di perkenalkan. Mungkin untuk kita semua melupakan sejarah awal dan pergerakan fitrah itu sendiri.

FAKTA MENARIK TENTANG PERGERAKAN TAWAF DI DUNIA INI
1.       Putting beliung berputar ikut pusingan tawaf
2.       Litar lumba lari dan basikal berputar mengikut pusingan tawaf
3.       DNA bergerak mengikut pusingan tawaf
4.       Dari sebesar-besar objek seperti electron di dalam atom bergerak mengikut pusingan tawaf
5.       Darah manusia melalui jantung adalah pergerakan kearah kanan bagi pengaliran darah ke otak kanan.
6.       Pokok yang melilit seperti pokok kacang dan lain-lain, melilit mengikut pusingan tawaf

Saya terfikir, jam yang hampir kita semua gunakan sekarang terletak di nadi kita adalah melawan fitrah. Dan kita memakainya hampir setiap masa pada waktu bekerja. Adakah ia memberi kesan kepada tenaga dan gelombang dalam badan manusia? Saya cuma terfikir……

Secara perlahan-lahan, bolehlah kita tukar jam yang kita gunakan. Berdasarkan pengalaman saya secara peribadi, pada mulanya keliru juga. Tetapi ia hanya 1 minggu saja. Selepas itu, saya pula rasa jam lain yang terbalik. Namun saya rasa OK menggunakan jam tawaf. Cubalah. Anda pasti akan rasa sesuatu yang berbeza. Saya yakin, masyarakat barat juga sudah mula beralih. Namun rahsia itu tidak mereka kongsikan dengan kita.

Mengikut survey saya, ada pelbagai jenama jam tawaf dengan harga yang berbeza. Ada yang berharga RM120 dan ada yang boleh mencapai RM1000. Pilihan di tangan anda. Tak salahkan, mencuba sesuatu yang baru :)?


                                                     Sumber : Google

SalamHormat

Terima kasih kerana membaca entri ini

Copyright

Copyright