Monday 30 June 2014

DOA YANG INDAH UNTUK RAMADHAN

Thursday 19 June 2014

PETUA MUJARAB UNTUK BATUK

Teks : Adillah bt Ismail

Apabila batuk, semua kerja menjadi kurang selesa. Jika boleh, mahu segera sembuh. Pergi ke klinik, mencari petua. Macam-macam mahu dicuba.

Pengalaman saya juga begitu. Saya memang akan elakkan ambil ubat batuk dari klinik untuk diri sendiri dan ahli keluarga saya  kerana kesannya yang kurang menyeronokkan seperti badan jadi lesu dan terlalu mengantuk.

Saya ingin berkongsi petua di sini. Ambil daun bangun-bangun, seperti imej yang dipaparkan. Rendam 2 helai dalam air panas. Buat pagi dan malam. InshaAllah 3 ke 4 hari akan sembuh batuknya. Semasa menggunakan petua ini, batuk macam tak berkurang tetapi ia akan lenyap secara tiba-tiba.

Tapi oleh kerana tekak sangat gatal, saya ambil juga ubat batuk jenama Hurix (seperti dalam imej) untuk sejukkan tekak. Ubat batuk herba ini juga asasnya madu+gamat + daun bangun-bangun juga.

InshaAllah, batuk akan lega dalam masa beberapa hari. Sangat sesuai untuk ibu mengandung dan kanak-kanak (saya batuk ketika mengandung dan saya minum air ini untuk kelegaan)


Jelaskan gambar daun ini? Kadangkala orang panggil daun oregano kerana baunya seakan oregano. Masyarakat India suka tanam pokok ini.

Ini ubat batuk Hurix. Kalau tengok gambar daun di bawah itu, itulah daun bangun-bangun

Cubalah perubatan herba, InshaAllah ia sangat membantu.

Terima kasih kerana membaca entri ini

Salam Hormat

Copyright

Copyright