Monday 26 May 2014

MUDAHNYA BERBUAT BAIK

Teks : Adillah Ismail

Kehidupan yang sementara ini amat indah untuk kita nikmati apabila kita selarikan dengan kebaikan yang boleh kita lakukan tanpa orang lain mengetahuinya.

Pernah saya terbaca kata-kata motivasi, jika kita merasai bahagia, gembira dan tenang dengan perkara yang kita lakukan secara rahsia dan tersembunyi, inshaAllah, di situ ikhlas tercapai. Wallahualam.

Saya ingin berkongsi idea-idea yang saya kutip di perjalanan hidup ini samada melalui pembacaan, pemerhatian juga pengalaman hidup orang lain.

Saya menyeru diri saya yang serba kekurangan serta pembaca untuk kita cuba usaha lakukan bersama. Istiqamah. Biar sedikit tetapi istiqamah. Mudahan ia menjadi salah satu  asbab  kita di terima masuk ke syurga Allah, InshaAllah. Juga jalan untuk kita menjemput rezeki ke rumah kita, Inshaallah.

Menghadiahkan selipar kepada surau dan masjid untuk kemudahan jemaah yang mengambil wuduk

Membantu membasuh telekung surau atau masjid berdekatan kediaman kita

Sedekah duit di setiap surau atau masjid yang kita singgah. Minta anak-anak yang masukkan ke tabung masjid/surau

Tidak biarkan bekas makanan dan minuman ketika minum di kedai bersepah-sepah. Susun elok-elok sebelum bangun. Bantu mudahkan urusan pekerja kedai mengemas meja makan kita. Beliau gembira, refleksinya kepada kita juga.

Lumrahkan diri dan anak-anak dengan ucapan terima kasih kepada setiap insan yang membantu atau memberikan sesuatu. Contohnya kepada pekerja yangtolong membukakan pintu untuk kita.

Cuci tandas masjid mengikut kemampuan diri kita

Beri makan anjing atau kucing liar. Belikan tulang ayam. 'Belanja' haiwan tersebut sekali sekala. Percayalah, kita akan dikenang oleh si liar ini.

Jadi collector sedekah. Ajak rakan-rakan berkongsi sedekah. Promosi siapa yang perlukan bantuan. Kita bantu kumpul dan sampaikan sumbangan berkenaan.

Berbuat baik kepada Bumi. Asingkan sampah yang boleh dikitar semula.

Sediakan bungkusan-bungkusan makanan dan minuman (yang tahan lama - contohnya air kotak, biskut) di dalam kereta. Beri kepada tukang sapu setiap kali nampak mereka sedang bekerja. Mudahan air yang kita hulurkan boleh menjadi penghilang dahaga mereka. 

Pagi-pagi taburkan beras di belakang rumah untuk di makan oleh burung-burung. Jika ada buah, letakkan di kawasan yang bersuaian.

Sebenarnya banyak lagi idea-idea berbuat baik yang sangat menarik dan mudah dilaksanakan. Nanti saya cari lagi dan kongsikan di blog ini. InshaAllah.




Terima kasih kerana membaca entri ini

Salam Hormat






No comments:

Post a Comment

Copyright

Copyright