Thursday 20 March 2014

SEPASANG SELIPAR UNTUK MASJID

Teks : Adillah Ismail

Berbakti untuk agama tidak sukar sebenarnya. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Berorganisasi atau bersendiri. Asalkan ia membawa kebaikan, pasti Allah memberi ganjaran. Namun bukan ganjaran yang kita nantikan. Cukuplah asal Allah redha dalam setiap apa yang kita lakukan.

Entri hari ini, ringkas sahaja. Saya mewakili setiap pelusuk masjid dan surau seluruh negara, memohon sumbangan selipar dari semua pembaca. 

Belikan sepasang (jika mampu - lebih dari itu). Letakkan di masjid atau surau terdekat. Lakukan ia dengan hati yang bahagia. Bahagia kerana ramai jemaah dapat menggunakan selipar pemberian kita untuk mengambil wuduk, sekaligus menjaga kebersihan surau dan masjid tersebut.  InshaAllah, Allah datangkan kebahagiaan dalam hidup kita seterusnya dari aspek yang berbeza.

Minggu hadapan, cuti sekolah sudah bermula. Mungkin sebahagian dari kita akan bercuti ke mana-mana. Akan bermusafir. Bekalkan beberapa selipar. Tinggalkan di masjid atau surau yang akan anda singgahi. 

Tinggalkan kenangan anda singgah bersolat di sana. InshaAllah ia menjadi asbab kebaikan dalam hidup kita semua.

#PrayForMH370
(ketika menaip entri ini, TV3 sedang bersiaran secara langsung mengenai penemuan objek di Lautan Hindi, Barat Australia - kemungkinan MH370 yang dirindui, kemungkinan-bukan)

Terima kasih kerana membaca entri ini

Salam Hormat



Saturday 15 March 2014

Kejiranan Bukan Melayu, Satu Pengalaman Istimewa

Teks : Adillah Ismail

Saya dan keluarga tidak duduk di dalam zon selesa. Maksud saya dalam konteks kejiranan. Rata-rata jiran kami bukan Melayu dan majoritinya berbangsa Cina, beragama Budhha dan Kristian. Tapi saya merasai keharmoniannya walaupun kami adalah satu-satunya keluarga Melayu beragama Islam di perumahan ini.

Ramai sahabat kehairanan kami membeli rumah di kawasan ini kerana katanya 'ia bukan kawasan Melayu'. Saya tidak mengerti akan makna kata-kata berkenaan. Tapi mungkin jua buat-buat tidak mengerti. Tertanya-tanya juga, tidak baikkah atau tidak selamatkah duduk di lingkungan bukan Melayu? Saya maklum akan kebaikan di lingkungan kejiranan Melayu, penting apabila berkenduri kendara, kematian dan sebagainya.

Kami memohon pada Allah ketika membuat keputusan  membeli rumah ini 7 tahun lalu agar ia adalah pilihan Allah untuk kami diam di sini. Ketika itu kami tidak tahu pun bahawa hanya kami sahaja orang Melayu di perumahan ini. Keputusan kami ketika itu bersandarkan kepada 3 perkara utama - dekat dengan masjid - 4 minit sahaja (ia masjid sebuah kem askar yang berdekatan), lapangan terbang - 8 minit (jika tertinggal barang di rumah, baik kami mahupun tetamu yang bertandang, boleh berpatah balik), dan 20 minit dari tempat kerja kami. 

Tahun berganti, baru kami tahu, kejiranan kami bukan kelompok orang Melayu. Kerana jiran-jiran tidak berpindah serentak. Perumahan terdekat juga boleh dibilang dengan jari orang Melayunya.

Namun, alhamdulillah, rumah ini sangat selesa kami diami, harga berpatutan, kemasan rumah juga menjadi perhatian rakan taulan. Ramai kehairanan dengan harga rumah berbanding buatan rumah ini.

Saya sifatkan keluarga kami tidak berada di zon selesa. Namun kami cuba membuatkan suasana jadi selesa untuk kami sekeluarga. Agar hubungan sesama jiran Cina dan bumiputera yang lain mesra. Rumah depan, kiri dan kanan adalah berbangsa Cina. Tidak sebangsa juga agama namun dengan merekalah kami mohon pelbagai pertolongan. Mereka juga akan menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan masa.

Jika suami tiada di rumah, berlaku kes kecemasan, merekalah yang membantu saya dan keluarga.

Beberapa kali sudah terjadi. Perkara begini menjadikan kami lebih saling hormat menghormati.

Kawasan rumah juga banyak anjing berkeliaran, mungkin kerana faktor berkenaan. Namun Alhamdulillah, anjing-anjing ini tidak pernah menganggu rumah kami. Malahan ibarat menjadi pengawal tidak bergaji untuk perumahan kami.

Apabila media dan orang politik memainkan isu hubungan antara kaum, tidak di nafikan hati agak gusar kerana kami tahu mereka membaca akhbar Cina yang setiap hari laporannya lebih berani. Tetapi alhamdulillah, hubungan kami tidak terjejas. Yang penting, kami perlu tunjukkan contoh yang lebih baik, demi agama Islam, kerana kami khalifah Allah, wakil hamba Allah yang lain di ruang ini.

Bila tiba Tahun Baru Cina, saya pastikan kami menempah kek untuk jiran-jiran sebagai tanda ucap terima kasih kerana membantu kami tanpa syarat. Walaupun ada pelbagai pendapat, namun kami luangkan juga masa menziarahi jiran terdekat apabila tiba sambutan Tahun Baru Cina. Mereka akan pastikan juadah itu 'halal'. Yang tidak halal untuk dimakan dan diminum segera di ketepikan. Kami hormat apa yang dihidang dan memahami keadaan yang Allah tentukan ini. 

Hari Raya Aidilfitri juga kami tidak kesunyian, pasti ada buah tangan untuk kami bawa pulang ke kampung halaman. Tiba musim durian, uncle sebelah lebih awal berkongsi buah durian bersama kami.

Doa saya untuk mereka, semoga ada di antara jiran saya yang akan mengetuk pintu rumah kami satu hari nanti, bertanyakan tentang Islam yang kita sanjungi. Bila dan bagaimana, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Amiin...

Terima kasih kerana membaca entri ini

Salam Hormat


Wednesday 5 March 2014

Branding Yourself Strategies, Branding Your Business Strategies Oleh Khairunnisa Hamzahara



Wanita ini, Khairunnisa Hamzahara atau Nisa Nua adalah guru online saya. Bertemu beliau di alam maya seolah seperti bermimpi. Kisahnya akan saya ceritakan di dalam entri yang lain.

Beliau masih muda. Saya fikir pada awalnya umur beliau lebih kurang saya, tetapi rupanya jauh lebih muda dari saya. Namun langkahnya segera, cepat, pantas dan jauh.

Jika saya dan para pelajar beliau berjalan, tapi Nisa Nua seolah berlari. Mengukuhkan empayar diri dan yang amat penting, tidak lokek dengan ilmu dan sentiasa mahu  membimbing saya dan teman lain juga anda di luar sana.

Langkah yang semakin jauh ini ialah apabila beliau memulakan langkah untuk melaksanakan 'Live Coaching'.

Bengkel : Branding Yourself Strategies, Branding Your Business Strategies
(Pendedahan Langkah Demi Langkah Mudah Yang Boleh Dilakukan)
*langkah-langkah ini tidak akan di dedahkan oleh sesiapa pun yang sudah berjaya melaluinya kerana mungkin mereka terlupa untuk berkongsi

Lokasi : Melaka ( 6 April 2014)
               Kuala Lumpur ( 7 April 2014)
               Kelantan (26 April 2014)

Yuran : RM350

TAWARAN ISTIMEWA SAH SEHINGGA 31 MARCH 2014 SAHAJA, IAITU:

*Masuk PERCUMA jika datang BERTIGA

Selanjutnya boleh layari di sini:http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2014/03/teknik-memperkenalkan-perniagaan-atau.html

Apa BONUS yang akan anda dapat?

1. Pendedahan Dan Latihan Langkah Demi Langkah Teknik Asas Bloging Untuk Blog Perkhidmatan/Perniagaan Anda Sendiri. (bernilai rm300)

2. Pendedahan Rahsia Mendapat Liputan Media Secara PERCUMA untuk Memperkenalkan Perniagaan Dan Perkhidmatan Anda Sendiri (bernilai rm300)

3. Pendedahan Cara Untuk Design (Merekabentuk) Bisnes Anda Sendiri Agar Dipandang Oleh Orang Ramai dan Dicari. (bernilai rm300)

Ketiga-tiga ini adalah teknik mudah untuk menjemput rezeki

Peserta juga akan DIBERIKAN 2 EBOOK pada akaun email masing-masing:
a) Ebook Belajar Asas Blog - Penulisan Puan Masayu Ahmad (bernilai rm50)
b) Ebook Panduan Kediaman Pertamaku- Penulisan Khairunnisa Hamzahara (bernilai rm50)

Bukan itu sahaja. Semua akan membawa pulang HADIAH yang sangat istimewa iaitu:
Senaskah BUKU JANA RM DI RUMAH oleh Puan Masayu Ahmad di dalam bengkel ini nanti.
(bernilai rm20)

Apa yang bakal anda pelajari,
Apa yang bakal anda dengari,
Apa yang bakal anda lihat,

Insyaallah dengan IzinNya, anda juga boleh berjaya untuk memperkenalkan perkhidmatan dan perniagaan di mata orang ramai sekiranya anda mempraktikkannya. Apa akan jadi apabila orang ramai mengetahui perkhidmatan dan perniagaan anda? Anda akan jadi huru-hara tak menang tangan untuk menerima permintaan. Janji anda buat apa yang sudah di ajar. Berilmu tanpa beramal, ianya pasti akan sia-sia. Saya pasti jika anda menggunakan teknik yang diberikan, setakat yuran yang dibayar ini, sudah pasti mampu membawa pulangan modal semula malah Insyaallah berganda dari itu.

Nilai yang diberikan di dalam bengkel ini bernilai RM1020

Tetapi anda hanya perlu membuat pelaburan dengan nilai RM350 iaitu nilai kasih sayang yang diberikan untuk melihat semua orang berjaya menjenamakan diri dan perkhidmatan.

Namun, atas ucapan terima kasih yang tak terhingga kerana mengajak dan menyampaikan kebaikkan ini, setiap penyertaan untuk 3 orang, PERCUMA 1 orang. Ini bermakna nilai yang perlu di bayar iaitu RM1050 hanya perlu dibayar dengan nilai RM700 sahaja. Asalkan anda hadir dan mendapatkan tekniknya. Itu saja.

Sekembalinya di rumah nanti, anda berpeluang untuk :
-menyertai Group Ahli Akademi Bekerja Di Rumah untuk bertukar network, ukhuwah dan pelanggan
-dapat beriklan di SOHO directory PERCUMA selama 1 tahun.
Ini semua untuk memastikan keberlangsungan network dan menjadi medium pemasaran perniagaan dan perkhidmatan anda.

Masih Termenung?
Usahlah termenung dan berfikir lagi, daftar lah hari ini dan boleh bertanya lanjut dengan saya

Whatsapp/sms : 013 8302712


Kaedah Mudah Didik Anak RAJIN MENCATAT

Teks : Adillah Ismail

Saya di dedahkan dengan kaedah mencatat di dalam buku secara konsisten oleh guru online saya, Nisa Nuar. Kata beliau, itu adalah teknik asas untuk saya konsisten menulis blog. Catat apa sahaja yang teringat atau lalui pada masa itu. 

Kalau kita lihat, pesanan beliau ini 'biasa-biasa' sahaja. Maklumlah, mencatat. Bukankah dari dulu kita sudah biasa mencatat. Tiada apa yang luar biasa. Tapi sebenarnya kita tidak konsisten. Percaya cakap saya, kita amat jarang sebenarnya mencatat. Angkat tangan, siapa ada buku catatan di dalam tas tangan?

Ia berlaku sedemikian kerana kita tidak melatih diri. Tapi masih belum terlewat. Ia boleh dilatih. Untuk orang dewasa, pesan saya untuk diri sendiri dan teman-teman, istiqamah sahaja. Kerana kemahiran menulis itu memang sudah ada. Tiada buku nota, gajet di tangan juga boleh membantu-pesan Nisa Nua.

Entri kali ini, saya ingin berkongsi bagaimana saya sedang 'belajar-belajar' didik anak menjadi seorang yang suka mencatat. Inspirasi ini juga saya dapat setelah membaca buku I Want To Be A Writer, tulisan Ummu Hani Abu Hassan. Cikgu Abu Hassan mendidik Ummu Hani sejak kecil  mencatat segala apa yang dilihat ketika perjalanan dalam kereta. Dan, Ummu Hani terus menjadi seorang yang rajin mencatat sehingga hari ini. Hari ini, Ummu Hani merupakan seorang penulis cerpen dan novel yang popular. Bahasanya amat baik dan menyenangkan pembaca. Cerpen atau novel beliau juga berinformasi. Ia adalah hasil catatan.

Saya juga mahu mencuba.
Saya mulakan dengan perkara yang mudah, sesuai dengan kemampuan MB yang berusia 7 tahun -  menulis nombor plat kereta. Saya sediakan sebuah buku nota kecil untuk anak sulung saya, MB. Ia di letakkan dalam kereta kami. Ia untuk MB mencatat nombor plat kereta. Di mana-mana sahaja yang sempat dia lihat kereta ketika berada dalam kereta kami. Ia bermula ketika MB melangkah ke darjah 1, 2 bulan lepas.

Dalam sebulan, agak liat juga dan mengeluh. Tetapi saya galakkan. Ia juga satu cara saya alihkan perhatian anak-anak saya dari bergaduh di dalam kereta.

Alhamdulillah, hari demi hari saya lihat perkembangannya. Semakin rajin dan sekarang sudah konsisten. Masuk kereta, mencari buku nota. MB sangat sayangkan buku nota itu. Ia hampir penuh. Sudah sampai masa saya menggantikan yang baru :).

Ia bagus juga untuk melatih daya ingatan. Lihat plat kereta, cuba hafal dan tulis semula.

Kini, anak saya semakin rajin mencatat tanpa disuruh. Bukan sahaja plat kereta tetapi apabila berkunjung ke tempat lawatan dan ada perkara yang menarik perhatian, beliau akan terus mencatat. Semoga sikap ini akan berkekalan untuk MB dan anak-anak saya yang lain juga.

Ia bukan paksaan. Galakkan sahaja. Inshaallah anak-anak akan terdorong melakukannya. Biar ia berlaku secara semulajadi. Peringkat awal, dorong dahulu. Ia tidak rugi. Budaya mencatat, sampai bila-bila ia di perlukan. Sekolah-universiti-ceramah-seminar-atau di mana sahaja. 

Tiada siapa boleh menafikan kebaikan budaya mencatat ini...

*jangan lupa ye, sediakan untuk adik-adiknya yang lain juga. Walaupun belum pandai menulis, mereka juga mahu kelihatan seperti kakak dan abangnya.

Terima kasih kerana membaca entri ini

Salam Hormat


                                                   Catatan MB pada awal belajar mencatat
                                                   -Januari 2014
                                                  Catatan pada bulan kedua, Februari 2014

Copyright

Copyright