Thursday 20 March 2014

SEPASANG SELIPAR UNTUK MASJID

Teks : Adillah Ismail

Berbakti untuk agama tidak sukar sebenarnya. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Berorganisasi atau bersendiri. Asalkan ia membawa kebaikan, pasti Allah memberi ganjaran. Namun bukan ganjaran yang kita nantikan. Cukuplah asal Allah redha dalam setiap apa yang kita lakukan.

Entri hari ini, ringkas sahaja. Saya mewakili setiap pelusuk masjid dan surau seluruh negara, memohon sumbangan selipar dari semua pembaca. 

Belikan sepasang (jika mampu - lebih dari itu). Letakkan di masjid atau surau terdekat. Lakukan ia dengan hati yang bahagia. Bahagia kerana ramai jemaah dapat menggunakan selipar pemberian kita untuk mengambil wuduk, sekaligus menjaga kebersihan surau dan masjid tersebut.  InshaAllah, Allah datangkan kebahagiaan dalam hidup kita seterusnya dari aspek yang berbeza.

Minggu hadapan, cuti sekolah sudah bermula. Mungkin sebahagian dari kita akan bercuti ke mana-mana. Akan bermusafir. Bekalkan beberapa selipar. Tinggalkan di masjid atau surau yang akan anda singgahi. 

Tinggalkan kenangan anda singgah bersolat di sana. InshaAllah ia menjadi asbab kebaikan dalam hidup kita semua.

#PrayForMH370
(ketika menaip entri ini, TV3 sedang bersiaran secara langsung mengenai penemuan objek di Lautan Hindi, Barat Australia - kemungkinan MH370 yang dirindui, kemungkinan-bukan)

Terima kasih kerana membaca entri ini

Salam Hormat



No comments:

Post a Comment

Copyright

Copyright