Showing posts with label Petua Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Petua Pilihan. Show all posts

Tuesday, 8 July 2014

PANDUAN MENGHANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH

Teks : Adillah Ismail

Saya pernah melalui saat-saat ini, menghantar anak ke rumah pengasuh.
Hari pertama, kedua, ke tiga...tak boleh bekerja rasanya. Fikiran melekat kepada mereka.
Teringat-ringat bagaimana pengasuh menjaga anak kita. Ia memang satu dugaan. Berat bagi seorang ibu bekerjaya. Terpaksa memberikan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak kepada pihak ketiga.
Jika keluarga sendiri, mungkin ada ketenangannya. Namun jika kepada pihak yang tidak kita kenali, baru bertemu setelah mencari orang untuk menjaga anak kita, tentulah rasa sangat gusar.

Namun, ingatlah selalu, Allah ada. Kita tinggalkan anak anak dengan niat dalam hati, aku tinggalkan anak ini di rumah pengasuhnya dengan lindungan dari mu ya Allah.

Selepas beredar, bacakan Al Fatihah dari jauh untuk anak yang di tinggalkan.

InshaAllah hati tenang, jiwa senang. Anak kita juga akan mudah dijaga oleh pengasuh. 

Entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan persiapan kelengkapan apabila menghantar anak ke rumah pengasuh. Semoga panduan ini bermanfaat untuk rakan sekalian.

Peralatan yang perlu ditinggalkan di rumah pengasuh 
(oleh itu kita tidak perlu mengangkut setiap hari)

 
     Buaian 

Sebaiknya kita sediakan. Pengasuh juga mempunyai komitmen terhadap keluarga mereka. Sekiranya anak di tidurkan di dalam buaian, mereka tidur lebih lena dan lama. Bayi yang cukup tidur akan jadi bayi yang gembira dan tidak banyak meragam. Tidak banyak meragam, memudahkan tugas pengasuh. Anak kita juga tidak mudah dimarahi.
Ada sesetengah ibu ayah yang tidak suka menidurkan anak di dalam buaian, namun cadangan saya, considerlah perkara ini apabila menghantar kepada pengasuh.

    Walker
Bagi bayi yang sudah boleh diletakkan di dalam walker, sediakan untuk rumah pengasuh. Jika tidak mahu beli yang baru, tiada masalah untuk bawa setiap hari. Dengan adanya walker, anak-anak kurang merangkak di lantai. Pada peringkat ini, mereka sangat mudah memasukkan barang ke dalam mulut. Kita tidak dapat memastikan tahap keselamatan rumah pengasuh sehingga tahap itu, jadi kita sediakan alat bantu yang boleh meminimakan masalah tersebut.


Lapik tidur / Tilam bayi

Saya lebih suka sediakan sendiri. Oleh itu mudah untuk saya memastikan kebersihannya dengan membawa balik setiap minggu untuk di cuci. Antara kita dan pengasuh tentu ada cerewetnya, namun apalah kemampuan kita untuk memastikan pengasuh mesti mengikut syarat kita.


 
Alat mandian/Bedak/Nappy Cream/Vicks/Minyak untuk bayi

Tinggalkan ia dalam botol yang sederhana besar bagi barang mandian. Saya cadangkan begitu kerana kita membeli untuk anak kita sahaja. Penggunaan juga minima. Nappy cream sangat penting kerana pada usia begini, kulit kanak-kaak sangat sensitif dan mudah kemerahan. Ia akan menganggu tidur bayi jika kulit mereka kemerahan di sebabkan lampin. Bayi juga akan menjadi tidak selesa. Mudahkan pengasuh dengan menyediakan ia lebih awal.



PERSEDIAAN SETIAP HARI


1. Baju anak - 3 pasang (pagi - tengahari - petang)

2. Cloth diaper (CD)  (bagi yang menggunakannya) - 4 pasang
Beritahu pengasuh kaedah mudah menggunakan CD. Sesetengah pengasuh mungkin tidak suka  menggunakannya. Yakinkan bahawa mereka hanya perlu menggantikan sahaj dan tidak perlu membasuh CD anak kita. Jika bernajis, hanya minta jirus sahaja najis ke tandas. Ibu akan bawa balik dan cuci di rumah. Seperti yang kita sedia maklum, CD ada kaedah basuhan tersediri bagi mengelakkan ia telap air.


3. Beg menyimpan CD.
Beli beg menyimpan CD yang bersesuaian bagi mengelakkan kita terganggu dengan bau CD yang telah digunakan.

4. Pampers
Ketika anak saya masih menggunakan pampers dahulu, saya hanya bekalkan dengan jumlah yang berpatutan  iaitu 4/5 unit sahaja. saya tidak meninggalkan 1 beg besar pampers di rumah pengasuh.

5. Beg baju kotor anak
Boleh juga gunakan beg plastik. Elakkan kita serahkan tanggungjawab membasuh baju anak kita kepada pengasuh walaupun mereka tidak kisah untuk membantu. Mungkin sekali sekala tiada masalah. Terdapat kenalan saya yang menyediakan baju khas untuk anak di rumah pengasuh. Ditinggalkan di rumah pengasuh. Namun seringkali saya lihat, anak-anak ini kelihatan terlalu lusuh keadaan mereka kerana baju tersebut kurang dimonitor oleh ibu.

6. Bekal makanan anak
Saya menyediakan bekal makanan bayi saya sendiri terutama yang berusia di bawah 2 tahun. Kebiasaannya lauk dan sayur sahaja saya bekalkan atau bubur untuk bayi ketika kecil. Nasi akan disediakan pengasuh. Hal ini adalah bagi mengawal bayi kita makan makanan yang terlalu banyak perisa dan garam yang boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang bayi. Pengasuh memang boleh memasak untuk anak kita, namun...bukankah air tangan ibu itu lebih berkat dan bersih :)? Sekurang-kurangnya mereka masih makan masakan air tangan ibunya.

7. Alat permainan
Bekalkan alat permainan kesukaan anak bersama-sama mereka

8. Ubat-ubatan
Jika anak demam, jangan lupa bekalkan ubat-ubatan serta maklumkan kepada engasuh dos dan jadual yang betul agar anak kita tidak terlebih dos sekiranya panduan yang betul tidak di berikan.
Ada pengasuh yang sudah berusia atau anak-anak mereka sudah membesar. Kemungkinan pengalaman bersama bayi atau anak kecil, sudah ingat-ingat lupa. Sebagai ibu prihatin, bantu pengasuh. Kesediaan mereka menjaga anak kita sebenarnya sudah sebesar-besar rahmat.

9. Bekalan susu formula / susu ibu
Boleh juga tinggalkan 1 tin susu bayi anda. Saya tiada pengalaman berkaitan kerana anak-anak saya minum susu ibu sehingga berusia 2 tahun. Oleh itu saya cuma bekalkan susu ibu yang telah dibekukan pada setiap hari. Jangan lupa ajari pengasuh bagaimana untuk menguruskan susu ibu di dalam botol. Sebaiknya kita telah sediakan mengikut  berapa kali anak kita minum susu ketika keluar bekerja. Kebiasaannya anak yang minum susu ibu tidak menyusu terlalu kerap apabila ibu tiada di sisi. Itu fitrah dan rasa memahami antara ibu dan anak kurniaan Allah.

Namun, pantau-pantaulah bekalan susu berkenaan. Agar anak kita tidak di berikan susu sahaja sehari-hari. Anak kita perlu di beri makanan pejal apabila telah sampai masa. Ia adalah untuk memastikan tumbesaran yang sihat dan seimbang. Susu sahaja tidak memadai.

Akhir kalam

Jangan lupa JADUAL ANAK...
Seringkali ibu rasa tidak perlu atau terlupa memberikan jadual kerana menganggap pengasuh sedia maklum. Ingatlah, anak kita tidak sama seperti anak mereka. Buat permulaan, buatkan jadual yang ringkas. bantu pengasuh memahami anak kita yang masih kecil. Kasihanilah anak-anak kita yang kecil ini. Jangan biarkan mereka terkejut dengan suasana baru di rumah orang lain.
Sekurang-kurangnya dengan jadual ini, anak kita akan rasa 'masih dekat' dengan ibu, walaupun di pelihara sebentar oleh orang lain.

Contoh jadual ringkas

8.30 pagi - Si Comel mandi
                  Minum susu 

9.30 pagi - Si Comel tidur
                  Bangun dan makan


Begitulah seterusnya....ikut kebiasaan masing-masing.
Yang penting, jadual tidur, minum susu dan makan. Juga boleh tuliskan apa-apa perkara berkaitan agar pengasuh tidak lupa. Cadangkan jadual ini di tampal di dinding atau peti sejuk.
Namun begitu, ia tidaklah muktamad kepada jadual. Jadual hanya panduan. Lama-kelamaan pengasuh dan anak akan mengikut kesesuaian.

Semoga info ini berguna untuk teman-teman.
Jangan lupa, tinggalkan anak dengan Al Fatihah. Allah pasti memeliharanya.



Salam Hormat
Terima kasih kerana membaca entri ini




Monday, 7 April 2014

KAEDAH RAWATAN HABBATUSSAUDA UNTUK ALERGI DEBUNGA, SAKIT KEPALA, KETEGANGAN DAN MIGRAIN, SESAK NAFAS DAN PENYEMPITAN VENA, TEKANAN DARAH TINGGI, MENCANTIKKAN KULIT WAJAH

Sumber : Buku Rasulullah Is My Doctor, Jerry D. Gray, PTS Islamika, 2013

Berikut saya salinkan semula dari buku tulisan Jerry D. Gray bertajuk Rasulullah Is My Doctor, iaitu kaedah rawatan bagi beberapa penyakit menggunkan biji jintan hitam serta penawar semulajadi yang lain. Biji jintan hitam yang dimaksudkan dalam teks di bawah adalah merujuk kepada HABBATUSSAUDA.

ALERGI DEBUNGA

Satu sudu makan minyak biji jintan hitam di campurkan dengan segelas jus lemon, lalu diminum secara teratur sehingga gejala hilang

Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Istiqamah dan sabar kerana rawatan menggunakan alam semulajadi akan mengambil sedikit masa. Konsisten itu sangat penting. Baca selawat dan Al Fatihah setiap kali mengubat diri.


SAKIT KEPALA, KETEGANGAN DAN MIGRAIN

1. Sapu minyak biji jintan hitam di dahi, belakang telinga dan bahagian belakang leher.

2. Ikatkan skaf bandana pada kepala dengan kemas. Cara ini juga begitu efektif bagimenghentikan tauapun paling tidak mengurangkan migrain. Ikatan bandana di sekeliling kepala adalah langkah penting dalam penyembuhan migrain dan sakit kepala kerana ketegangan. Sekiranya kepala terasa kebas kerana ikatan terlalu ketat, lepaskan ikatan selama setengah jam dan ikatkan lagi sekiranya diperlukan.

3. Meningkatkan pengambilan biji jintan hitam dan madu sebagai suplemen kesihatan harian. Minimum dua hingga tiga kali ketika mengalami migrain. Penulis biasanya memerlukan 5 -7 kapsul biji jintan hitam

4. Bekam dapat menghentikan rasa sakit kepala. Saya dapat kembali bekerja dengan rasa sakit yang berkurangan, bahkan hilang sama sekali selepas melakukan bekam. Perawatan ini perlu dilakukan segera bagi menghentikan migrain.

Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Istiqamah dan sabar kerana rawatan menggunakan alam semulajadi akan mengambil sedikit masa. Konsisten itu sangat penting. Baca selawat dan Al Fatihah setiap kali mengubat diri.



SESAK NAFAS DAN PENYEMPITAN VENA

1. Penyembuh nombor 1 untuk penyakit jantung adalah membaca Al Quran

2. Minum setengah sudu teh minyak biji jintan hitam yang dicampurkan dengan air panas pada waktu pagi membantu mencairkan lemak dan meluaskan vena serta arteri, InshaAllah.

3. Berbekam

4. Baca ayat ruqyah (Bab 2, rujuk buku ini)

5. Beriman dan percaya pada Allah swt dengan sepenuh hati, tubuh dan jiwa.
  
Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Istiqamah dan sabar kerana rawatan menggunakan alam semulajadi akan mengambil sedikit masa. Konsisten itu sangat penting. Baca selawat dan Al Fatihah setiap kali mengubat diri.



TEKANAN DARAH TINGGI

1. Potong satu labu bawang putih, campurkandengan sedikit air panas dan minum sebanyak 2 kali sehari, pagi dan petang

2. Minum air yang dicampurkan dengan tujuh hingga sebelas helai daun avokado besar dan gula merah ataupun madu. Minum tiga gelas sehari bagi mengurangkan tekanan darah. Sekiranya tidak ada daun avokado, gantikan dengan air roselle. Minum dua kali sehari dicampurkan dengan madu ataupun minum kedua-duanya. Petua ini membersihkan darah, menurunkan kolesterol, mencegah kanser dan memberi kebaikan vitamin C.

3. Berbekam.

Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Istiqamah dan sabar kerana rawatan menggunakan alam semulajadi akan mengambil sedikit masa. Konsisten itu sangat penting. Baca selawat dan Al Fatihah setiap kali mengubat diri.



MENCANTIKKAN KULIT WAJAH

Campurkan minyak biji jintan hitam dan minyak zaitun dalam jumlah yang sama. Gosok pada wajah dan biar selama satu jam. Kemudian, bilas menggunakan air dan sabun. Kita dapat melihat perbezaannya cepat.

Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Istiqamah dan sabar kerana rawatan menggunakan alam semulajadi akan mengambil sedikit masa. Konsisten itu sangat penting. Baca selawat dan Al Fatihah setiap kali mengubat diri.

Untuk mendapatkan kapsul dan minyak Habbatussauda, sila klik disini HABBATUSSAUDA


Sunday, 6 April 2014

KAEDAH RAWATAN HABBATUSSAUDA UNTUK DIABETES, CIRIT BIRIT, SAKIT TELINGA, INFLUENZA DAN SESAK HIDUNG

Sumber : Buku Rasulullah Is My Doctor, Jerry D. Gray, PTS Islamika, 2013

Berikut saya salinkan semula dari buku tulisan Jerry D. Gray bertajuk Rasulullah Is My Doctor, iaitu kaedah rawatan bagi beberapa penyakit menggunkan biji jintan hitam serta penawar semulajadi yang lain. Biji jintan hitam yang dimaksudkan dalam teks di bawah adalah merujuk kepada HABBATUSSAUDA.

DIABETES

1. Pertama, kita perlu memulakan program latihan dengan segera. Penyebab utama diabetes di Indonesia yang saya ketahui daripada beberapa ahli perubatan, media tempatan dan Radio Dakta pada Oktober 2009 adalah kurang bersukan dan bukan daripada apa yang kita makan. Diet yang tidak betul adalah penyebab nombor dua. Kita tidak boleh malas.

2. Makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum lebih banyak air. Elakkan mengambil bahan makanan yang mengandungi bahan kimia. Dengan kata lain, berhenti 100% daripada mengambil makanan yang mengandungi at-zat yang tidak sihat. Contohnya MSG, aspartame (pengganti gula), minuman bergas, mi segera, makanan yang penuh denganbahan pengawet, dan daging. Khususnya daging import yang disuntik dengan vitamin dan vaksin. Makanan yang mengandungi bahan-bahan ini adalah racun untuk tubuh kita serta mengurangkan kemampuan menyembuhkan diri sendiri dan bekerja secara normal. Jangan minum air yang tidak bersih ataupun dicampurkan dengan racun seperti fluorida, klorin dan bahan kimia lain.

3. Ambil biji jintan hitam sebanyak 500gm (kapsul) setiap hari sehingga kadar gula dalam darah kembali normal.

4. Banyakkan minum jus roselle kerana ia mampu membersihkan darah, meghilangkan kolesterol, membantu mencegah dan menyembuhkan kanser

5. Perubatan lain adalah melakukan ruqyah

Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Istiqamah dan sabar kerana rawatan menggunakan alam semulajadi akan mengambil sedikit masa. Konsisten itu sangat penting. Baca selawat dan Al Fatihah setiap kali mengubat diri.


CIRIT BIRIT

1. Campurkan satu sudu minyak biji jintan hitam dengan air panas dan minum campuran itu sebanyak dua hingga tiga kali sehari

2. Minum dua sudu makan madu yang dicampurkan dengan air sebanyak tiga kali sehari ataupun lebih untuk kes-kes yang parah sehingga sakit hilang. (pastikan madu di ambil dengan menggunakan sudu plastik).

3. Makan pisang dan hirisan epal yang dikupas dan berwarna coklat.

Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Istiqamah dan sabar kerana rawatan menggunakan alam semulajadi akan mengambil sedikit masa. Konsisten itu sangat penting. Baca selawat dan Al Fatihah setiap kali mengubat diri.
 


SAKIT TELINGA 

1. Campur minyak biji jintan hitam dan minyak zaitun dengan ukuran yang sama, kemudian titiskan dua ataupun tiga titis ke dalam telinga.

2. sekiranyakita berada di tempat bersuhu sejuk, kita perlu menutup telinga.

Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Istiqamah dan sabar kerana rawatan menggunakan alam semulajadi akan mengambil sedikit masa. Konsisten itu sangat penting. Baca selawat dan Al Fatihah setiap kali mengubat diri.
 

INFLUENZA DAN SESAK HIDUNG

 1. Titiskan beberapa titis minyak biji jintan hitam ke dalam lubang hidng an sedut. Cara ini membantu bagi meringankan kesakitan sehingga membolehkan kita bernafas dengan lebih mudah. Ulangi apabila perlu.

Kesan sampingan: Banyak bersin dan rasa sedikit terbakar ketika minyak menitis ke dalam kerongkong.Minum teh dengan madu bagi menghilangkan rasa panas.

2. Setengah jam sebelum tidur, sedut wap daripada minyak biji jintan hitam yang dicampurkan air mendidih ke dalam hidung dan juga paru-paru. Sediakan banyak tisu, keluarkan lendir sebanyak mungkin. Kita dapat tidur dan bernafas dengan mudah sehingga tubuh kita mendapat tenaga yang diperlukan bagimelwan penyakit yang mengganggu.

Kesan sampingan : Mata merah kerana wap. Bagi menghindari masalah ini, tutp mata ketika menyedut wap yang bercampur minyak biji jintan hitam. Gejala ini biasanya hilang tidak lama kemudian.

3. Mengambil sekurang-kurang dua sudu makan madu, sebanyak tiga kali sehari bagi melawan influenza

4. Cincang halus satu labu bawang putih. Bahan ini mempunyai sifat-sifat antibiotik. Masukkan ke dalam gelas kecil, tambahkan sedikit air panas, kacau selama 1 minit. Tambahkan air suam, tahan nafas, dan minum sebelum makan malam. Ulang cara ini mengikut keperluan selama 3 hari. Kita akan melihat hasil tekanan darah kita mulai turun. Tetapi, keadaan ini tidak baik untuk pesakit tekanan darah rendah.

5. Minum teh roselle sebanyak 2 kali sehari. Ia mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi, membersihkan darah, mengurangkan kolesterol, dan banyak manfaat positif lain.

Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Istiqamah dan sabar kerana rawatan menggunakan alam semulajadi akan mengambil sedikit masa. Konsisten itu sangat penting. Baca selawat dan Al Fatihah setiap kali mengubat diri.

Untuk mendapatkan kapsul dan minyak Habbatussauda, sila klik disini HABBATUSSAUDA

KAEDAH RAWATAN HABATUSSAUDA UNTUK ATHMA, PARU-PARU, JANGKITAN SALUR PERNAFASAN, SAKIT BELAKANG, BATUK & JANGKITAN PADA TEKAK, LUKA PADA KULIT

Sumber : Buku Rasulullah Is My Doctor, Jerry D. Gray, PTS Islamika, 2013

Berikut saya salinkan semula dari buku tulisan Jerry D. Gray bertajuk Rasulullah Is My Doctor, iaitu kaedah rawatan bagi beberapa penyakit menggunkan biji jintan hitam. Biji jintan hitam yang dimaksudkan dalam teks di bawah adalah merujuk kepada HABBATUSSAUDA.

ATHMA DAN MASALAH BRONKIOL, PARU-PARU SERTA JANGKITAN SALUR PERNAFASAN

1. Campur 1 sudu teh minyak biji jintan hitam dalam kopi ataupun teh, minum 2 kali sehari. Boleh juga mengambil kapsul biji jintan hitam (500mg) sebanyak 3 kali sehari sebagai alternatif kepada minyak dalam kopi sehingga sembuh. Cara ini membantu meningkatkan stamina bagi melawan penyakit.

2. Gosok dada dengan minyak biji jintan hitam setiap malam

3. Sedut wap minyak biji jintan hitam yang dicampurkan dengan air panas. Ketika proses ini, mata perlu ditutup supaya tidak terganggu oleh wap.

Saya mendapati, menghirup wap daripada minyak biji jintan hitam sangat bermanfaat untuk pelbagai jenis masalah pernafasan ataupun jangkitan - Jerry D. Gray

Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Istiqamah dan sabar kerana rawatan menggunakan alam semulajadi akan mengambil sedikit masa. Konsisten itu sangat penting. Baca selawat dan Al Fatihah setiap kali mengubat diri.


SAKIT BELAKANG DAN SENGAL

1. Gunakan sejumlah kecil minyak biji jintan hitamyang sudah dihangatkan, iaitu dengan cara mengusap kedua-dua belah tapak tangan dengan cepat. Sapu pada tempat yang sakit dan gosok dengan sedikit bertenaga ( tidak terlalu kuat) sambil membaca surah Al Fatihah.

2. Ketika memakai minyak, minta kepada Allah swt supaya menyembuhkan penyakit

3. Minum minyak biji jintan hitam setiap hari sebanyak satu sudu teh, tiga kali sehari sehingga sembuh.

4. Berbekam

5. Sekiranya selepas kita melakukan semua cara-cara ini, tetapi masih bermasalah, baca ayat-ayat ruqyah yang saya lampirkan pada bab terdahulu. InsyaAllah, Allah swt menerima doa kita dan menyembuhkan kita. (maklumat ini perlu dirujuk kepada buku Rasulullah Is My Doctor)

Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Istiqamah dan sabar kerana rawatan menggunakan alam semulajadi akan mengambil sedikit masa. Konsisten itu sangat penting. Baca selawat dan Al Fatihah setiap kali mengubat diri.


BATUK DAN JANGKITAN PADA TEKAK

1. Titiskan beberapa titis minyak biji jintan hitam terus ke tempat yang sakit, seperti tekak terutama sebelum tidur. Cara ini perlu dilakukan berulang kali sehingga jangkitan ataupun batuk sembuh.

2. Sapu minyak biji jintan hitam pada dada dan belakang badan.

3. Campurkan satu sudu makan (dua sudu untuk kes yang lebih parah) minyak biji jintan hitam ke dalam air mendidih dan hirup wapnya sebanyak 2 kali sehari.

4. Minum satu sudu minyak biji jintan hitampada waktu pagi dan malam

5. Hancurkan dan rebus halia, kemudian campurkan madu dalam cawan, lalu diminum. Campuran ini baik untuk sakit tekak dan memperbaiki keadaan kesihatan.

6. Minum teh roselle sebanyak 2 kali sehari kerana ia mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi, membersihkan darah, dan mengurangi kolesterol serta banyak manfaat lain.

7. Berbekam

Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Istiqamah dan sabar kerana rawatan menggunakan alam semulajadi akan mengambil sedikit masa. Konsisten itu sangat penting. Baca selawat dan Al Fatihah setiap kali mengubat diri.



LUKA PADA KULIT DAN JANGKITAN

Gunakan minyak biji jintan hitam pada kulit yang luka ataupun mengalami jangkitan sebanyak beberapakali sehari. Anda pasti dapat melihat hasilnya dalam beberapa jam selepas penggunaan. Tambahan pula, minyak biji jintan hitam baik bagi mengurangkan rasa sakit dan rengsa pada bahagian yang luka.


Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Istiqamah dan sabar kerana rawatan menggunakan alam semulajadi akan mengambil sedikit masa. Konsisten itu sangat penting. Baca selawat dan Al Fatihah setiap kali mengubat diri.

Untuk mendapatkan kapsul dan minyak Habbatussauda, sila klik disini HABBATUSSAUDA


Saturday, 5 April 2014

KAPSUL & MINYAK HABBATUSSAUDA

Ramai orang tidak tahu mengenai biji jintan hitam (habbatussauda) ataupun tidak memiliki keyakinan terhadap kemampuan penyembuhan biji jintan hitam yang Allah swt berikan sebagai hadiah. Meskipun banyak hadith yang menceritakan tentang kualiti penyembuhan biji jintan hitam, ramai orang islam tidak percaya pada manfaatnya sebagai vitamin tambahan ataupun ubat. (Jerry D. Gray, 2013)

Ramai orang Islam menjadi penagih ubat-ubatan farmasi. Mereka selalu minum ubat, tetapi tidak pernah benar-benar sembuh ataupun mereka hairan mengapa mereka kekurangan stamina, tenaga dan sering sakit meskipun mereka makan secara teratur dan mengambil vitamin serta makanan tambahan yang lain. (Jerry D. Gray, 2013)

Sudah tiba masanya untuk kita mula membaca hadith dan meletakkan kepercayaan kepada Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad s.a.w. secara khusus menyebut dalam hadith ini, biji jintan hitam memiliki kemampuan bagi menyembuhkan semua penyakit, kecuali kematian. semua ini tentu saja berdasrkan kehendak Allah s.w.t. Hanya dia yang memiliki kuasa menyembuhkan dan kita tidak boleh lupa, Allah sw.t. yang merancang dan mencipta biji jintan hitam yang tercatat di dalam hadis ini.

Bagi anda yang sering keletihan tanpa sebab yang wajar, mudah mengantuk dan  rasa tidak bertenaga. Habatussauda adalah penawarnya, InshaAllah. Dengan rahmat Allah.

Di bawah ini saya senaraikan khasiat biji jintan hitam ini, inshaAllah kita akan mula mencintai manfaat biji jintan hitam ini.

Juga dikenali sebagai : Black Cumin, Black Seeds, Black Caraway
Nama Botani : Nigella Sativa
Bahasa Arab : Habbat Al Barakah (biji yang diberkati)
Asal : Asia Barat

Kandungan biji jintan hitam yang kaya dengan asid lemak tidak tepu ini ialah :
21% protein
38% karbohidrat
35% lemak
selebihnya minyak tanaman

Bahan Aktif :
Nigellone, Thymoquinone & Fixed Oil, vitamin B3 dan vitamin C

Bahan lain yang ditemui dari kajian :
Kalsium,kalium, besi, zink, magnesium, selenium yang membantu menghalang kerosakan DNA, vitamin A, vitamin B, vitamin B2, vitamin B3 dan vitamin C

MANA YANG LEBIH BERKESAN, BIJI JINTAN HITAM ATAU MINYAKNYA

Kedua-duanya berkesan dalam piawaian mereka tersendiri.
Namun minyak biji jintan hitam lebih pekat daripada ramuannya sendiri. 
Tetapi ramai orang lebih suka menggunakan biji jintan hitam. Jika di dalam kapsul, ia lebih mudah diambil.

APAKAH MANFAAT BIJI JINTAN HITAM?
1. Penawar keletihan dan untuk sistem pertahanan badan
2. Untuk mereka yang menderita asma dan masalah pernafasan
3. Masalah ginjal atau hati
4. Pencernaan dan masalah perut
5. Raddang sendi
6. Masalah peredaran darah
7. Alergi
8. Demam
9. Jerawat
Ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan tidak memiliki kesan sampingan

Rujukan 
Rasulullah Is My Doctor, Jerry D. Gray, 2013, PTS Islamika


Kapsul (60 biji) RM36
  Minyak Habbatussauda RM20

                              *kadar pos seluruh Malaysia RM6 sahaja untuk 1 unit atau 2 unit atau lebih dari itu.

Bagi yang ingin mendapatkannya, boleh sms atau whatsapp saya di talian 013 8302712 atau

dengan mengisi borang tempahan di sini Borang Tempahan

Monday, 17 February 2014

MELEGAKAN BATUK PADA BAYI DAN KANAK-KANAK

Teks : Adillah Ismail

Saya suka menggunakan 'natural remedy' jika saya, suami dan anak-anak mengalami batuk, sakit tekak dan selesema. Seboleh mungkin saya akan elak menggunakan ubat-ubatan terutama jika anak masih berumur di bawah 6 bulan.

Baru-baru ini, bayi saya yang berumur 5 bulan batuk. Sehingga suaranya serak. Kebetulan di fb, orang sedang sibuk share petua minyak bawang putih.

Saya tertarik untuk mencuba sementelah kita semua sedia maklum bahawa bawang putih begitu berkhasiat.

Saya ambil beberapa ulas bawang putih - ketuk sedikit - cucuk pada garfu - bakar di dapur gas menggunakan api kecil - jangan sampai hangus - cukup ia keluarkan bau

Letakkan di dalam bekas bertutup - campurkan sedikit minyak masak - tenyeh bagi memastikan ia mesra dengan minyak - minyak ini boleh tahan sehingga 4 hari

Sapu minyak pada dada bayi depan dan belakang selepas mandi.

Sapu juga pada tapak kaki dan sarungkan stokin.

Result tidak diperolehi dalam tempoh 3,4 hari. Namun batuk ada kurang sedikit. Saya sapu berterusan lebih dari 1 minggu.

Alhamdulillah, batuknya hilang tiba-tiba.

Cubalah. InshaAllah, bahan alam semulajadi boleh menjadi penyembuh. Yakin dengan kurniaan Allah.

Selamat mencuba :)

Terima kasih kerana membaca entri ini

Salam Hormat


Monday, 10 February 2014

HILANGKAN KESAN GIGITAN NYAMUK PADA BAYI

Teks : Adillah Ismail

Saya cadangkan setiap rumah, perlu menyimpan sebotol minyak gamat. Tidak kisah apa jenama. 
Minyak gamat boleh menjadi salah satu alat bantuan kecemasan pertama apabila berlaku  sebarang kejadian seperti melecur dan luka kecil.
Harga sebotol juga tidak mahal. Seperti yang saya miliki, harganya tidak sampai pun RM2. Minyak gamat asli langkawi, Warisan Saju Langkawi. Namun ia jangan dipandang kepada nilai harga.
Simpanlah sebotol di rumah, In sha Allah, anda pasti akan memerlukannya satu hari nanti.

Semasa saya google petua untuk menghilangkan kesan gigitan nyamuk pada bayi, saya dapati petua dengan menyapu minyak gamat adalah yang paling serasi kepada bayi saya. Ia mengambil sedikit masa. Kesan tidak hilang terus. Saya sapu dengan kerap selama beberapa hari.

Alhamdulillah, ia hilang dan tidak sempat menimbulkan bintil air seperti sebelum ini.

Anda juga boleh mencubanya jika serasi. Atau jika ada petua lain utnuk saya cuba, boleh kongsikan bersama.

Terima kasih kerana membaca entri ini

Salam Hormat


Sunday, 9 February 2014

MENGELAP CERMIN - JIMAT DAN BERKESAN

Teks : Adillah Ismail

Pelbagai 'glass cleaner' telah saya cuba bagi memastikan permukaan cermin mudah dibersihkan dari habuk dan kotoran. Tapi kebiasaannya hasil tidaklah begitu memuaskan hati. Mesti ada kesan lap pada permukaan frame, meja mahupun tingkap.

Telah saya 'google' kaedah terbaik untuk mencuba. Tetapi kebiasannya sama sahaja panduan berkenaan. Kurang berkesan.

Rupanya, saya tidak perlu mana-mana produk atau kertas suratkhabar yang boleh meninggalkan kesan hitam di tangan.

Senang dan murah sangat. Ada di dapur saja. Petua ini diajar oleh seorang frame maker yang datang memasang  frame di rumah saya.

Beritahu Chai (frame maker), saya hanya perlu letak setitik pencuci pinggan (tidak kisah jenama apa) ke dalam sebuah mangkuk berisi air. Kocak-kocak dan Ia akan berbuih sedikit. Hanya setitik sahaja. Ambil tuala pengelap yang masih bersih (kain t shirt terpakai, tuala mandi yang tidak di gunakan lagi pun boleh).

Teruskan mengelap. Mana-mana permukaan bercermin. Tidak perlu dibilas.

Cubalah, InshaAllah berhasil :).Lupakan segala glass cleaner yang di pasaran.

Terima kasih kerana membaca entri ini

Salam Hormat




Tuesday, 31 December 2013

Merebus Telur Dengan Mudah

Kebiasaannya apabila kita merebus telur, ada yang kurang sempurna. Tidak cukup masak atau terlampau lama sehingga menyebabkan pembaziran tenaga. Ada antara kita ternanti-nanti bila telur yang direbus itu akan masak.

Petuanya, mudah saja. Masukkan sedikit beras ketika merebus telur. Jangan terlalu banyak. Memadai 2,3 cubit sahaja. Setelah beras menjadi nasi, maka telur pun sudah sempurna di rebus. InshaAllah.

Saya pernah cuba untuk 3 biji telur atau 90 biji telur. Berhasil. Tiada telur yang mentah. Mudah di kupas. Aplikasi yang sama boleh digunakan tidak kira berapa jumlah telur. Namun saya tidak pernah mencuba sehingga beratus biji ye. Paling banyak 90 biji ssetakat ini.

Semoga petua ini membantu anda memudahkan kerja merebus telur. Tidak perlu ternanti-nanti. Tidak akan terlebih rebus.

Selamat mencuba :)

Terima kasih kerana membaca entri ini.




Sunday, 29 December 2013

Memotong Kek Cantik dan Kemas

Kaedah bagi memastikan kek cantik dipotong dan tidak comot ini saya perolehi dari seorang anak muda (lelaki) yang mengusahakan perniagaan kek. Adik ini bijak mencari peluang dan kek beliau mendapat sambutan yang sungguh hebat di daerah kami.

Mudah saja caranya. Mungkin ada juga yang sudah mengetahui caranya.

Kita hanya perlu menggunakan pisau yang di rendam di dalam air panas. Bukan pisau plastik potong kek tu. Pisau yang di dapur atau sesiapa ada pisau khas juga boleh di gunakan. Yang penting adalah ia mesti di rendam dalam air panas.

Pasti kek anda kelihatan sempurna di potong. Cubalah!

                                                     *imej dari Google

Saturday, 21 December 2013

Cara Mudah Dan Selamat Buang Kerak di Kepala Bayi

Teks : Adillah Ismail

Masalah kerak di kepala bayi yang baru lahir adalah masalah biasa yang sering di hadapi oleh ibu-ibu.
Jika dibiarkan ia menyebabkan bayi anda kelihatan tidak bersih.
Saya ingin berkongsi cara yang mudah dan selamat untuk membersihkan kepala bayi anda.
Cuma gunakan minyak masak di rumah. Samada minyak sawit ataupun minyak kelapa.
Sapukan di kepala bayi anda, biarkan beberapa minit dan sikat dengan perlahan.
InshaAllah kerak akan mudah di bersihkan. Tidak perlu dikikis kerana bimbang ia menyakiti kepala bayi anda yang masih lembut.
Bolehkah guna baby oil yang terdapat di pasaran? Bagi saya, minyak yang paling selamat untuk digunakan dikulit kita adalah minyak yang kita gunakan untuk makan. Saya pernah mencuba menggunakan baby oil tetapi saya dapati minyak masak lebih berkesan!
Cubalah, inshaAllah anda pasti akan berpuas hati.


Friday, 20 December 2013

Khasiat Pokok Mulberry/Blackberry

Di ruangan ini saya akan berkongsi dengan semua, petua-petua pilihan saya iaitu yang saya cuba dan guna dan ia berkesan. Semoga ia juga boleh membantu teman-teman pembaca semua.

KHASIAT POKOK BLACKBERRY/ MULBERRY

Saya menerima anak pokok ini dari tuan punya taska anak saya, Kak Bo. Saya lihat ia banyak di tanam di sekeliling rumah beliau. Sejarah saya mengetahui khasiatnya ialah apabila anak saya sakit perut (keracunan makanan). Kak Bo berikan air rebusan daun ini kepada anak saya dan terus sembuh. Alhamdulillah.

Saya dan suami juga sekiranya mengalami keracunan makanan, memang akan terus rebus daun ini dan minum airnya. Dengan izin allah, 2 kali minum, sakit perut pun akan baik. Tiada lagi buang air besar dan muntah.

Saya cadangkan ia di tanam di rumah masing-masing. Saya tanam ia dalam pasu sahaja. Tanam di tanah pun boleh macam dalam blog Cik Bam Bam ni Buahnya masam-masam manis. Boleh dimakan. Boleh juga dibuat sambal belacan!

Kadangkala kita tidak tahu bila kita akan kena sakit perut ini, maklumlah kadangkala salah makan, makanan kurang bersih atau pun alah pada air. InshaAllah, daun ini sangat berkhasiat.

Saya cuba google maklumat lanjut tentang daun ini dan saya dapat maklumat lanjut dari blog Syamim Harun. Rupanya terlalu banyak khasiat dari pokok ini. Cuma apa yang saya paparkan di blog saya adalah perkongsian kepada apa yang telah saya cuba dan berkesan. Namun demikian, kalian boleh mencubanya seperti maklumat yang terdapat di blog saudara Syamim ini.

Cubalah, inshaAllah semoga ia memberi manfaat dan memberi kesembuhan buat anda, dengan izin Allah swt.


                                                    Pokok Blackberry yang ditanam di rumah
                                                    saya. Fasa ke 2 - buah warna merah.                
                                                    *fasa pertama : buahnya berwarna hijau


                                                    Fasa ke 3 - buah yang dah masak.
                                                    Daun yang boleh direbus untuk ubat sakit perut.
                                                   

Copyright

Copyright