Sunday 9 February 2014

MENGELAP CERMIN - JIMAT DAN BERKESAN

Teks : Adillah Ismail

Pelbagai 'glass cleaner' telah saya cuba bagi memastikan permukaan cermin mudah dibersihkan dari habuk dan kotoran. Tapi kebiasaannya hasil tidaklah begitu memuaskan hati. Mesti ada kesan lap pada permukaan frame, meja mahupun tingkap.

Telah saya 'google' kaedah terbaik untuk mencuba. Tetapi kebiasannya sama sahaja panduan berkenaan. Kurang berkesan.

Rupanya, saya tidak perlu mana-mana produk atau kertas suratkhabar yang boleh meninggalkan kesan hitam di tangan.

Senang dan murah sangat. Ada di dapur saja. Petua ini diajar oleh seorang frame maker yang datang memasang  frame di rumah saya.

Beritahu Chai (frame maker), saya hanya perlu letak setitik pencuci pinggan (tidak kisah jenama apa) ke dalam sebuah mangkuk berisi air. Kocak-kocak dan Ia akan berbuih sedikit. Hanya setitik sahaja. Ambil tuala pengelap yang masih bersih (kain t shirt terpakai, tuala mandi yang tidak di gunakan lagi pun boleh).

Teruskan mengelap. Mana-mana permukaan bercermin. Tidak perlu dibilas.

Cubalah, InshaAllah berhasil :).Lupakan segala glass cleaner yang di pasaran.

Terima kasih kerana membaca entri ini

Salam Hormat




1 comment:

  1. Wah, sy pun pening camne nak mengilatkan cermin...terima kasih nanti sy cuba...
    http://dalilayusof.blogspot.com/

    Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

    Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace

    ReplyDelete

Copyright

Copyright