Wednesday 12 February 2014

Bahagian 2 : Budaya Masyarakat Jepun...Cuma Hidayah Yang BelumTiba (Bahagian 2)

Teks : Adillah Ismail


Sambungan dari entri terdahulu. Sila klik di sini untuk membaca Bahagian 1.

9. BERBAIK SANGKA DENGAN MUSIBAH
Perkara ini di tuntut dalam agama Islam. Agar hati kita redha dengan ujian yang Allah turunkan. Namun sejauhmana kekuatan hati kita untuk menerimanya jika kediaman kita musnah, kehilangan ahli keluarga tersayang juga mengalami kecacatan kekal seumur hidup. Kematian ketika itu, ada yang mati serta merta, meninggal kerana luka teruk, melecur juga  mati setelah beberapa tahun kerana barah akibat terkena radiasi. Sebaliknya, begitulah masyarakat Jepun (MJ) menerima ujian ketika serangan bom atom dari Amerika Syarikat. Mereka (pada ketika itu) mungkin tidak mengetahui Islam tetapi berakhlak seperti itu. Menurut seorang pensyarah berbangsa Jepun yang ditemuramah oleh Ahmad Shugairi, mereka menerima dengan tabah apabila negera di bom tetapi mereka tidak berdendam dengan Amerika Syarikat. Beliau berkata, MJ menganggap ia adalah satu ketentuan untuuk menjadikan mereka bangsa yang lebih baik, lebih kuat dan berjaya. Buktinya adalah.....seperti point seterusnya






10. SEKOLAH BERMULA SELEPAS 1 BULAN KEJADIAN BOM ATOM
Selepas 1 bulan kejadian yang mengorbankan hampir 200 000 nyawa di Hiroshima (anggaran) dan Nagasaki 74,000 nyawa (anggaran) serta hampir seluruh Nagasaki dan Hiroshima hancur dan lumpuh (boleh tonton atau lihat gambar-Google), sekolah bermula semula. Kanak-kanak yang terselamat belajar di atas bangunan yang roboh. Bayangkanlah teman-teman, di atas runtuhan bangunan, ketika sekeliling masih tiada apa-apa yang boleh digunakan, juga tempat dimana semua yang ada di situ meninggal dunia, mereka meneruskan persekolahan. Tidak boleh saya bayangkan di fikiran, semangat apakah yang mendorong mereka jadi begitu.


11. MEWUJUDKAN PUSAT LATIHAN BENCANA (SAFETY LEARNING CENTRE)
Di Jepun, kita akan mudah menemui pusat-pusat latihan bencana dimana latihan-latihan akan didedahkan kepada MJ seawal usia sekolah rendah lagi. Mereka belajar cara menyelamatkan diri dan bagaimana kaedah menghadapi situasi. Ia seakan real menurut Ahmad apabila beliau melalui satu latihan menyelamatkan diri ketika kebakaran dan gempa bumi.  Menurut pekerja di pusat tersebut, pusat-pusat latihan ini dibina kerana MJ sangat menghargai setiap rakyatnya kerana setiap rakyat Jepun adalah aset negara itu. Seboleh mungkin, sekalipun ada bencana, seberapa banyak nyawa yang boleh diselamatkan, mereka akan berusaha ke arah itu. Mereka adakan pusat ini dengan begitu bersungguh-sungguh. Subhanallah... kesungguhan mereka amat tinggi. Bagaimana kita di negara ini sekiranya akan menghadapi sebarang bencana suatu hari nanti, bersediakan kita? Sekurang-kurangnya berkaitan kebakaran. Pernahkah kerajaan menyediakan tempat untuk kita menjalani latihan sekiranya berlaku kebakaran?  Tidak pernah jawapannya.....Sekalipun statistik tersebut semakin meningkat. Cuba cadangkan di Malaysia. Cadangan kerajaan untuk setiap rumah perlu ada pemadam api bagi saya tidak praktikal, jika penghuninya tidak tahu menggunakannya. Sedangkan di bangunan kerajaan juga terlepas tarikh luputnya.

Belajar menggunakan pemadam api. Api 'tiruan'. Tidak panas. Hanya bayangan api. Ketika latihan, peserta akan cuba memadamkan api dengan menggunakan alat yang benar. Api akan terpadam apabila disembur dengan betul. Cuba cadangkan di Malaysia.


 Latihan menyelamatkan diri ketika gempa bumi

12. HAIWAN PELIHARAAN
Ahmad merakamkan perbuatan beberapa orang pemilik anjing yang sedang membawa anjing peliharaan mereka berjalan-jalan. Anda tahu apa yang mereka buat? Setiap kali anjing berhenti membuang najis, tuannya akan mengutip najis tersebut menggunakan sarung tangan dan di simpan di dalam plastik khas. Mahu kagum atau tidak kisah :)?


13. SPA ANJING
Ketika membuat kunjungan ke sebuah Spa untuk anjing, Ahmad terkejut melihat begitu ramai pemilik yang membawa anjing peliharaan masing-masing untuk masuk spa. Saya kira, bukan beliau sahaja tetapi saya juga akan kehairanan. Menurut pelanggan yang ditemuramah, mudah sahaja jawapannya. Anjing juga makhluk yang kita perlu hormat dan hargai, jadi apa salahnya bawa ke spa untuk anjing mereka di cuci dengan bersih agar anjing mereka akan gembira. Bukan manusia sahaja yang perlu dihargai. Jangan kita kira tentang keperluan, pembaziran dan segala yang berkaitan. Cukuplah kita faham bahawa, mereka menghargai segala bentuk hidupan yang berada bersama mereka dan ia tidak semestinya manusia.
Oh, ya...jika anda lewat,hanya 1 minit dari temujanji di spa ini, maaf, giliran anda sudah diambil orang. Tepati masa :)




14. GURU BESAR MENYAMBUT ANAK MURID
Ahmad terfikir bahawa Guru Besar berada di pintu masuk sekolah  pada hari temujanji beliau merakamkan aktiviti di sekolah kerana menyambut kehadiran beliau dan krew. Rupanya sangkaan beliau meleset. Setelah beliau tiba, Guru Besar dan beberapa guru sekolah masih berdiri di pagar juga ada yang menyambut di jalan raya. Rupa-rupanya itu adalah rutin Guru Besar dan guru-guru setiap hari. Menyambut pelajar,mengucapkan selamat dan mengalu-alukan kedatangan mereka. GB/Pengetua kita bagaimana? Saya yakin, sekali sekala GB di Malaysia akan turun. Tapi bolehkah kita buat setiap hari? Jom laksanakan agar anak murid berasa bahagia berada di sekolah! Kehadiran mereka amat dinanti. Jika begitu agaknya, mungkin anak saya mahu datang juga ke sekolah, walaupun pada hari cuti. Di Singapura, sudah ada Pengetua yang berbuat demikian. Bukan sekali sekala...tetapi setiap hari. Saya yakin, di Malaysia - ada.



bersambung...

Terima kasih kerana membaca entri ini

Salam Hormat


No comments:

Post a Comment

Copyright

Copyright