Saturday, 8 February 2014

SETELAH SETAHUN, ITU PERTAMA KALI...

Teks : Adillah Ismail

Apa perasaan anda apabila seorang saudara kita (muallaf) memberitahu anda bahawa setelah setahun kembali kepada Islam (revert/convert) baru hari inilah, pertama kali beliau mengambil wuduk.
PERTAMA KALI.
Lebih mudah di sebut, tengok dan tahu tentang wuduk.
Tiada yang pernah mengajar. Juga menawarkan diri untuk mengajar.
Selepas sekeluarga mengucap kalimah agung Lailahaillah di pejabat agama...
Pulang...
Meneruskan kehidupan bergelar muslim. Atas nama. Kerana sudah mengucap 2 kalimah.
Mereka tidak berdosa.
Saya yang bersalah.
Jangan di cari salah Saudara Kita - kenapa tidak pergi belajar, kenapa tak cari ustaz, cari ustazah
Simpan sahaja segala persoalan - kerana ia tidak penting untuk kita tahu
Letak dahulu diri dan hati kita di tempat mereka

.
.
.
Kini dia di depan anda.
Dan anda berpeluang membimbingnya.
Semoga jalan-jalan kebaikan ini terus terbentang luas di hadapan
Carilah peluang, usahakan
.
.
.
.
Untuk bekalan di sana.
.
.
Tiada apa yang saya pohon, semoga kita semua menjadi pilihan Allah menginap di syurga yang terpilih


Terima kasih kerana membaca entri ini

Salam Hormat


No comments:

Post a Comment

Copyright

Copyright