Di ruangan ini saya akan berkongsi dengan semua, petua-petua pilihan saya iaitu yang saya cuba dan guna dan ia berkesan. Semoga ia juga boleh membantu teman-teman pembaca semua.
KHASIAT POKOK BLACKBERRY/ MULBERRY
Saya menerima anak pokok ini dari tuan punya taska anak saya, Kak Bo. Saya lihat ia banyak di tanam di sekeliling rumah beliau. Sejarah saya mengetahui khasiatnya ialah apabila anak saya sakit perut (keracunan makanan). Kak Bo berikan air rebusan daun ini kepada anak saya dan terus sembuh. Alhamdulillah.
Saya dan suami juga sekiranya mengalami keracunan makanan, memang akan terus rebus daun ini dan minum airnya. Dengan izin allah, 2 kali minum, sakit perut pun akan baik. Tiada lagi buang air besar dan muntah.
Saya cadangkan ia di tanam di rumah masing-masing. Saya tanam ia dalam pasu sahaja. Tanam di tanah pun boleh macam dalam blog Cik Bam Bam ni Buahnya masam-masam manis. Boleh dimakan. Boleh juga dibuat sambal belacan!
Kadangkala kita tidak tahu bila kita akan kena sakit perut ini, maklumlah kadangkala salah makan, makanan kurang bersih atau pun alah pada air. InshaAllah, daun ini sangat berkhasiat.
Saya cuba google maklumat lanjut tentang daun ini dan saya dapat maklumat lanjut dari blog Syamim Harun. Rupanya terlalu banyak khasiat dari pokok ini. Cuma apa yang saya paparkan di blog saya adalah perkongsian kepada apa yang telah saya cuba dan berkesan. Namun demikian, kalian boleh mencubanya seperti maklumat yang terdapat di blog saudara Syamim ini.
Cubalah, inshaAllah semoga ia memberi manfaat dan memberi kesembuhan buat anda, dengan izin Allah swt.
Pokok Blackberry yang ditanam di rumah
saya. Fasa ke 2 - buah warna merah.
*fasa pertama : buahnya berwarna hijau
Fasa ke 3 - buah yang dah masak.
Daun yang boleh direbus untuk ubat sakit perut.
salam
ReplyDeletesalam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau cysts dan lain2 penyakit cuba berubat saya mohd zuhairi bin noordin 017 4687570 cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah
ReplyDelete