Teks : Adillah Ismail
Di mana lagi tempat tinggal
terbaik selain muka bumi ini?
Tentu kita tiada
pilihan,kan. Hidup sementara ini hanya di planet bernama Bumi yang telah Allah
iktiraf sebagai tempat kediaman kita berbanding planet-planet yang lain. Tapi
bumi kita sedang sakit,kerana pencemaran yang terlalu hebat sedang berlaku. Di
mana-mana. Setiap sudut muka bumi ini dipenuhi sampah sarap yang telah tidak
kita gunakan.
Apa kata kita bermula
dari kediaman kecil kita untuk Bumi tercinta? Saya terpanggil untuk menulis
entri ini kerana seronoknya membaca entri cikgu saya Khairunnisa Hamzah berkenaan
pengurusan barang kering pagi ini. Menarikkan? Kemudiannya saya membayangkan
berapa banyak botol plastik, kaca dan lain-lain akan kita buang selepas itu.
Ibu-ibu yang disayangi, mari
bersama kita ‘FIKIR DULU SEBELUM BUANG’. Asingkan barangan tersebut ke dalam
kotak berasingan dan kita hantar ke pusat kitar semula. Saya
baru bermula setahun yang lalu. Apabila ada botol kosong, saya asingkan ikut
kategori. Tempat pembuangan di rumah yang cantik dan tersusun? Saya masih belum
ada idea.
Dan sedang mencari-cari idea supaya rumah saya ada bekas kitar semula yang
comel agar tidak semak di mata. Sekarang saya hanya masukkan dalam plastik
atau kotak . Apabila sudah penuh, suami membantu saya
hantar ke tempat kitar semula.
Ia tetap satu sumbangan
tetapi ada manfaatnya, InshaAllah. Bumi perlukan kerjasama kita untuk ia hidup
sihat. Jika kita tidak dapat menghalang orang menebang pokok, meratakan bukit
atau menahan kapal dari membuang minyak ke dalam laut, cukuplah kita membantu
asingkan barang kitar semula dan hantar ke pusatnya. Jom kita didik anak
bersama-sama!
Allah pasti tahu niat kita.
Ia tanda terima kasih kepada Allah kerana memberikan bumi ini sebagai kurniaan tempat
tinggal yang tiada nilainya. Terima kasih Allah…Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment