Thursday, 14 November 2013

Wira Tidak Didendang



Teks : Adillah Ismail

Seorang wanita pertengahan usia ini begitu istimewa di mata saya. Saya berusaha ke negeri Sarawak, belaja Labels r jurusan Khidmat Sosial kerana ingin mendapatkan segulung ijazah untuk memberi khidmat kepada orang lain. Namun, wanita ini sungguh istimewa. Tanpa pendidikan formal, tanpa bantuan pihak berwajib, beliau hadir memberi khidmatnya kepada semua tanpa memilih siapa orang itu.

Kak Ani, wanita ini merupakan jiran saya suatu ketika dahulu. Namun saya tidak begitu memperdulikan kehadirannya lantaran sibuk dengan kerja. Hanya sekadar menyapa apabila bersua.Ia berlalu begitu sahaja. Tidak berapa lama, saya berpindah memandangkan rumah tersebut kurang sesuai untuk saya diami. Ketika itu belum berkahwin dan tidak berkenderaan. Setelah 9 tahun, dengan izin Allah saya bertemu beliau semula. Pertemuan tidak dirancang kerana beliau merupakan case study pelajar saya iaitu saya selaku penasihat projek.

Dari pertemuan tersebut, saya akui bahawa kak Ani merupakan wanita yang sungguh hebat. Membantu masyarakat walaupun dirinya sendiri - saya kira kategori insan perlu bantuan. Kak Ani tidak bersekolah lantaran kemiskinan. Suaminya merupakan seorang pemandu bas di tempat saya bekerja sebelum ini.
Kak Ani tidak bersekolah tetapi pandai membaca. Menurut beliau, pada setiap hari apabila menghantar anak ke sekolah, beliau akan duduk di luar kelas untuk belajar. Begitulah situasinya sehingga beliu pandai membaca dan menulis di peringkat asas. 

Beliau merupakan peminjam tetap Amanah Ikhtiar Malaysia. Apabila saya bertanya, untuk apa?Beliau menjelaskan, dari pinjaman itu, wanita miskin dan yang kurang pendapatan dikampungnya akan meminjam dari beliau bagi tujuan berniaga. Bagaimana mereka membayar semula? Berapa yang mereka mampulah, ujar kak Ani. Kak Ani percaya mereka? Terserah pada wanita-wanita ini, yang penting kakAni sudah membantu. Menurut kak Ani, hamper separuh dari gaji suami adalah untuk membayar pinjaman dan wanita-wanita yang dibantu akan membayar mengikut kemampuan mereka. Allah,mampukah saya menjadi seikhlas beliau?
Pada setiap minggu, kak Ani sudah menyediakan jadual kepada diri beliau untuk turun ke beberapa kampung bagi mengajar wanita-wanita yang tidak berpendapatan dengan pelbagai kepandaian seperti membuat kerepek dan kuih muih. TANPA BAYARAN. Terkedu saya. Disaat ini, dikala setiap perkara mementingkan wang, masih ada yang menawarkan secara percuma. Semoga ia menjadi ilmu yang bermanfaat buat kak Ani.

Apabila ada pesakit tidak berwaris atau yang kurang berkemampuan yang akan discaj dari hospital, kak Ani adalah orang pertama akan dihubungi pihak hospital. Sebaik dihubungi, sepantas itu beliau dan suami akan kehospital. Membekalkan wang tambang dan bahan keperluan asas. Malahan adakalanya membantu membayar bil hospital. Kadangkala oleh kerana jadual kerja suami sebagai pemandu tidak menentu, maka beliau akan meminta pesakit tersebut menunggu beliau. Maka menunggulah si pesakit dihospital sehingga kedatangan beliau. Mampukah kita? Berbelanja untuk orang yang kita sama sekali tidak kenali?

Suatu hari dalam bulan Ramadhan, saya mengundang beliau dan beberapa wanita yang layak menerima bantuan untuk Hari Raya di tempat saya bekerja. Saya letakkan nama beliau sebagai salah seorang penerima kerana saya yakin kak Ani layak menerima bantuan. Namun, itulah kak Ani. Beliau hanya ambil sedikit dan selebihnya dibelikan pelikat dan batik untuk disedekahkan semula. 

Semoga Allah memberkati setiap usaha yang dilakukkannya. Semoga ia diterima sebagai amal yang soleh.
Kak Ani kurang kemampuan tetapi mampu melakukannya. Kita berkemampuan, harus cuba melakukannya. Hulurkan bantuan, ringankan beban.
Salam mesra.

No comments:

Post a Comment

Copyright

Copyright