Tuesday 17 December 2013

Anugerah 16 orang anak

Teks : Adillah Ismail

Baru-baru ini saya menerima tetamu rakan lama sekolah rendah. Kak Lailatul dan suami datang melancong ke Kuching bersama 5 orang anak mereka. Kami saling mengenali sejak sekolah rendah. Boleh dikatakan setiap adik beradik saya ada batch adik beradik kak Lailatul. 

Saya tahu beliau ramai adik beradik, terlalu ramai. Tetapi tidak pasti berapa. Kali ini, saya bertanya juga. Subhanallah, Maha Suci Allah. Ibunya telah melahirkan 16 orang anak!Adik beradik saya 16 orang kata kak Lailatul dan beliau anak ke 7. Menelan air liur saya mendengarnya.

Boleh bayangkan di rumah anda ada 7 orang anak lelaki dan 9 orang anak perempuan? Mungkin ada yang berkata (termasuk diri saya sendiri), yang sekian ada ini pun, sudah meriah keadaannya. Selalu kita mendengar, anaknya 12, 10, 9 atau 7 mahu pun 8. Itu juga sudah membuatkan kita kagum,kan? Tetapi ini, 16 orang! Meriahnya kenduri, meriahnya Aidilfitri!

Ibunya melahirkan anak hampir setiap tahun dan ada juga yang selang setahun. Yang sulung lahir pada tahun 1968 dan adik bongsu beliau lahir pada tahun 1992. Selama 24 tahun itu, 16 orang anak dilahirkan. Semua di lahirkan normal. Subhanallah.

Ibu kak Lailatul tidak juga melahirkan anak pada usia yang amat muda seperti kebiasaan orang dahulu. Anak yang sulung lahir semasa beliau berumur 20 tahun. Dan kini, yang bungsu sudah menginjak 21 tahun umurnya.

Ustaz Badar(ayah kak Lailatul) merupakan bekas guru dan sejak dulu hingga kini, setiap hari mengajar kuliah di surau dan masjid-masjid. Bukan sekadar di sekitar daerah kami. Malahan jauh kuliah beliau berlangsung. Melepasi sempadan daerah. Beliau mungkin tidak dikenali di media arus perdana. Namun namanya meniti di setiap bibir orang-orang di daerah kami.

Kini dalam usia 65 tahun (usia makcik) dengan 49 orang cucu setakat ini, makcik dan ustaz Badar masih seperti dulu. Baik dan ramah orangnya. Masih dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah Taala. Sangat kami senangi.

...jika Allah mahu menganugerahkan rezeki. Subhanallah. Ia anugerah buat mereka yang terpilih. Bukan kerna hartanya,namun apa yang dilakukannya untuk agama.

Begitulah, jika Allah mengurniakan rezeki. Ia bukan wang ringgit. Tetapi nilai yang lebih tinggi dari wang di genggaman.


Semoga kita juga menjadi insan terpilih.

Salam hormat.

Gambar teman saya bersama semua adik beradik ketika perkahwinan adik yang ke 15 pada bulan Ogos 2013. Cuma seorang tiada dalam gambar. Teman saya,kak Lailatul, duduk kanan sekali, bertudung bunga warna coklat.


2 comments:

  1. Ustaz Badar Sangaaaaaat komited dgn dakwah melalui siri2 kuliahnya. Tak sangka anaknya sejumlah itu. Moga Allah berkati & rahmati keluarganya, moga Allah kurniakn kami rezeki utk berterusan mengikuti kuliahnya sehingga ke akhirnya.

    ReplyDelete
  2. nukman anaknya sebaya kita....sekarang imam di rapat setia ipoh

    ReplyDelete

Copyright

Copyright