Mari bersama menjemput rezeki dengan membantu PSIAKU AZWAR. Bantulah semampu yang anda boleh. Jika boleh RM10, RM20 dan seterusnya, hulurkanlah. Manatahu dengan bantuan yang anda berikan itu, dapat mereka membeli susu anak-anak ini serta kemudahan-kemudahan lain. Dengan asbab bantuan ini juga mungkin Allah kurniakan teman-teman rezeki yang lebih lagi.
Teman-teman,
PSIAKU
AZWAR adalah Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya Azwar Kuala
Lumpur dan Selangor. Ia adalah sebuah tempat atau Pusat perlindungan dan
jagaan untuk anak kurang upaya kritikal terlantar (AKUKT). AKUKT ini
adalah anak2 istimewa yang mempunyai pelbagai penyakit di mana hidup
mereka hanya bergantung kepada orang lain untuk makan, minum, kebersihan
dan keperluan diri sendiri.
Persatuan ini telah beroperasi selama beberapa tahun. Rumah atau pusat
perlindungannya beroperasi di Taman Batu Muda, Batu Caves. Kepada
sesiapa yang ada anak kurang upaya terlantar bolehlah menyertai
persatuan ini, banyak aktiviti dan sokongan sesama ahli telah dilakukan
untuk membantu meringankan beban ibu-ibu tersebut yang memerlukan
sokongan dari segi kewangan, surat sokongan, tunjuk ajar, latihan dan
bimbingan.
Terima kasih teman yang budiman.
|
No comments:
Post a Comment