Teks : Adillah Ismail
Pada
satu hari dalam perjalanan kami ke rumah keluarga angkat, kami
bertembung dengan seorang lelaki tua yang sedang berjalan-jalan sambil
membawa dua ekor kucing di tangan, sementara beberapa ekor mengikutinya
dari belakang sambil 'mengambil angin'. Oleh kerana jalan raya lurus,
kelibat beliau kami dapat perhati dari jauh dari dalam kereta. Ketika
berselisih, beliau sedang turun ke longkang sambil membawa seekor
kucing. Sementara si comel yang lain, menunggu. Saya kira ada kucing
yang terjatuh dan beliau sedang mengangkat kucing tersebut.
Tiba
di rumah keluarga angkat, saya bertanyakan hal tersebut kepada Nek Wa
dan pembantu beliau. Rupanya orang tua berkenaan adalah jiran belakang
rumah mereka. Menurut kak Tina, rumahnya memang terlalu banyak kucing
kerana beliau suka mengutip kucing-kucing jalanan. Di bawa pulang, di
beri makan dan dipelihara.
Adakalanya,
pada waktu pagi atau petang, beliau akan berjalan-jalan membawa ikan
rebus untuk di berikan kepada kucing-kucing yang di jumpai di tepi
jalan. Mulianya hati lelaki tua ini. Memberi bakti kepada kucing yang
tidak pandai membalas jasa. Tetapi saya sangat yakin, lelaki yang mulia
hati ini memberi tanpa mengharapkan balasan. Apalah ada pada seekor
kucing,kan? Mungkin bagi kita, jika mahu berbakti, berbudi, haruslah
kepada mereka-mereka yang boleh membalas atau menganugerahkan kita
sesuatu. Jika tidak, mungkin kita berfikir beberapa kali untuk memberi
dan berbudi kepada makhluk atau insan yang mungkin tidak mengenali kita.
Nek
Wa menyambung cerita. Ketika mereka mengerjakan umrah di dalam satu
kumpulan tidak berapa lama dahulu, orang tua ini terus melakukan rutin
yang sama, di Makkah juga Madinah. Membeli makanan untuk kucing dan
memberikan kucing makan apabila berjumpa di jalanan. Ada kucing yang
mengekori beliau sehingga ke bilik hotel. Yang lebih menarik, setiapkali
apabila beliau tiba di bilik setelah mengerjakan umrah atau dari
masjid, ada sekumpulan kucing sudah menunggu beliau di pintu. Tidak
mengekori beliau, namun tahu di mana biliknya. Subhanallah. Begitu
kejadian Allah kepada makhluk yang lemah ini. Agaknya, saya fikir,
kucing-kucing ini berkomunikasi sesama sendiri dan mengajak rakan-rakan
yang lain ke bilik pak tua ini di hotel.
Amal
ini mungkin sedikit, namun istiqamah untuk Pak Tua. Mana tahu, amalan
yang sedikit ini tetapi istiqamah, akan melorongkan Pak Tua ke syurga
Allah. Mana kita tahu, haiwan kecil inilah yang akan membantu Pak Tua di
akhirat kelak. Kita manusia banyak berdosa dengan Allah, adakah ada
bantuan yang telah kita persiapkan untuk kita terima di padang mahsyar
nanti....
Kita
bagaimana, teman-teman? Adakah kita ada amalan baik yang mudah tetapi
istiqamah? Cuba kita bersama, cari-cari, lihat-lihat, peluang untuk buat
amal baik, yang boleh istiqamah.
Akhir
kalam, saya selitkan kisah Rasulullah dan kucing baginda dari pembacaan
saya. Juga kisah Abu Hurairah yang terkenal dengan gelaran Bapa Kucing.
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor
kucing yang diberi nama Mueeza. Setiap Nabi akan menerima tamu di
rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah, Mueeza selalu
mengeong ketika mendengar azan seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti
laungan azan. Nabi juga berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan
layaknya menyayangi keluarga sendiri.
Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza
sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin
mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan
yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
Kisah Abu Hurairah (Bapa Kucing)
Akrab dengan kemiskinan, beliau sering mengikatkan batu ke perutnya,
bagi menahan lapar. Dalam sejarah beliau dikenal sahabat yang paling
banyak meriwayatkan hadith. Dialah Bapa Kucing Kecil (Abu Hurairah),
begitu orang mengenalnya. Kenapa beliau dikenal sebagai “Bapa Kucing”?
Di waktu jahiliyah namanya dulu Abdu Syamsi ibn Shakhr Ad-Dausi, dan
tatkala beliau memeluk Islam, beliau diberi nama oleh Rasul saw dengan
Abdurrahman. beliau sangat penyayang kepada binatang dan mempunyai
seekor kucing, yang selalu diberinya makan, digendongnya, dibersihkannya
dan diberinya tempat. Kucing itu selalu menyertainya seolah-olah bayang
bayangnya. Inilah sebabnya beliau digelar sebagai “Bapa Kucing”.
Penghafal Hadits Terbesar Sepanjang Masa
Shahabat mulia Abu Hurairah adalah seorang perawi agung yang paling
banyak meriwayatkan hadith. dia mempunyai bakat yang luar biasa dalam
kemampuan dan kekuatan ingatan. Abu Hurairah r.a. mempunyai kelebihan
dalam seni menghafal apa yang didengarinya, ingatannya mempunyai
keistimewaan dalam segi menghafal dan menyimpan. Didengarya, lalu
terpatri dalam mindanya, hampir tidak pemah beliau melupakan satu kata
atau satu huruf pun dari apa yang telah didengarnya, sekalipun usia
bertambah dan masa saling berganti. Oleh karena itulah, beliau telah
mewakafkan hidupnya untuk lebih banyak mendampingi Rasulullah saw
sehingga termasuk antara sahabat yang terbanyak menerima dan menghafal
Hadith, serta meriwayatkannya.
info : ahlimasjid.com
Terima kasih kerana membaca entri ini.
Terima kasih kerana membaca entri ini.
No comments:
Post a Comment