Tuesday 5 November 2013

Assalamualaikum dan Salam Hijrah.

Alhamdulillah,saya mulakan perkenalan diri saya bersama teman-teman pada Tahun Baru Hijrah ini kerana pada tanggal Tahun Baru Hijrah ini saya akan melakukan penghijrahan-amat besar ertinya kepada diri saya, suami dan anak-anak. Mengambil keputusan untuk berkhidmat sebagai seorang Suri Rumah sepenuh masa. Saya yakin-perlu dan mesti yakin dengan keputusan ini kerana Allah sentiasa ada bersama pada setiap ketika, pada setiap keputusan yang dibuat.

Adillah bt Ismail, nama diberi. Berasal dari Tapah, Perak. Mendapat pendidikan awal di Sek Toh Tandewa Sakti, Tapah dan seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Tamat tingkatan 5, saya meneruskan ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Buyong Adil, Tapah. Matlamat mengambil STPM-untuk diterima kemana-mana universiti. Namun demikian, saya mengambil jalan jauh dengan mengambil Diploma Sains Sukan di UiTM Shah Alam selepas STPM. Dalam hati tidak terfikir untuk ke peringkat Ijazah. Allah tentukan begitu dengan hikmah yang besar-saya pasti.

Pada tahun 2000, nekad memohon Universiti Malaysia Sarawak untuk memilih bidang yang menjadi minat saya-Khidmat Sosial (Social Worker).Kursus yang mengajar, bagaimana untuk menolong orang lain-menarik,bukan? 3 tahun berada di bumi kenyalang, saya mengambil keputusan untuk tidak pulang ke negeri asal dan memilih untuk bekerja sebagai guru tadika di sini. Pendapatan tidak seberapa, tetapi saya boleh menguruskan pendapatan kecil itu sehingga membolehkan saya pulang ke kampung di Perak serta membayar sewa rumah,menyimpan dan sebagainya. Itulah yang saya ingin kongsikan dengan rakan semua. Alhamdulillah,tiada istilah tidak cukup sejak saya mula bekerja. Skill menguruskan kewangan saya berkembang selari dengan pendapatan yang akhirnya menjawat jawatan tetap sebagai Penolong Pendaftar (Pegawai Tadbir) sebuah universiti pada tahun 2010. Saya tidak punya skill berniaga ketika itu dan pada masa kii, tetapi saya sedang menuju ke arah itu, setelah saya memilih untuk berjawatan tetap kepada keluarga yang amat saya sayangi. Namun demikian, duit tetap bukan matlamat utama.

Alhamdulilah, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata puteri. Bertemu jodoh dengan orang 'Malaya' walaupun kami di Sarawak. Saya dan suami telah menetapkan keputusan untuk tinggal di negeri Sarawak kerana kami suka di sini. Usah ditanya mengapa atau terbit persoalan-tidak mahalkah tiket kapal terbang-tidak apakah jauh dari sanak saudara, keluarga-tidak mahalkah harga barang-usah ditanya kerana bumi Sarawak ini amat istimewa sementelah saya juga dapat membantu menyebarkan agama Allah dengan saudara baru di bumi Allah ini. Juga bagi pandangan saya, tempat ini sesuai untuk kami membesarkan anak-anak. InshaAllah.

Saya ada matlamat ketika memilih untuk bertukar karier ini.InshaAllah akan saya kongsikan dari masa ke semasa pelbagai perkara yang saya pernah cuba dan tahu. Bukan kerana saya lebih pandai tetapi kerana saya pernah mencuba. Mungkin rakan-rakan juga oleh mencuba.  Syukur alhamdulillah, dengan doa, saya bertemu blog Pn Nisa yang tidak pernah saya temui blog ini sebelumnya. Bersama sedikit perbincangan, beliau membimbing untuk merancang sesuatu yang bermanfaat. Dari situ, blog ini terhasil.

Segalanya kerana Allah.Itu tujuan hidup kita.

Salam perkenalan kasih mesra dari saya.

Adillah Ismail

4 comments:

  1. assalamalaikum adilah..salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, Nurulhusna. Salam perkenalan. Jom bersahabat :).

      Delete
  2. salam kak dilla, lm x jumpa :) sy pun dah surirumah sepenuh masa sekarang hihi.. (dulu ms las jmpa sy keje lg) tgh cr idea nk buat bisnes jugak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam umai, jom join akademi yg akak masuk ini. kita bermula sikit2.

      Delete

Copyright

Copyright